Jumaat, 27 Ogos 2010

Diam


Suara orang.

Pendapat orang berbeza dengan diri kita.
Masing-masing ingin menang untuk menunjukkan diri mereka sahaja yang betul.
Kadang-kadang kita berlawan juga kerana ingin mempertahankan hak masing-masing.

Apabila muncul pula pihak ketiga.

Lain jadinya lain ceritanya.
Diputar belitkan cerita dan ditokok tambahnya.

Jikalau seseorang ada sebuah kereta.
Ditambahnya pula tayar yang baru,rim yang baru,spoiler yang baru supaya nampak lebih cantik.

Itulah simboliknya cerita.

Cerita nampak lebih menarik berbanding jalan cerita asal atas punca pihak ketiga.

Selalunya orang yang berdiam diri dianggap bodoh.
Tetapi lebih baik berdiam diri agar tidak menimbulkan seribu satu persoalan.

Biar menyendiri.
Biar hati kita sahaja yang tahu masalah ini.
Biar orang lain tahu yang diri kita ini terlalu busuk.
Yang penting Maha Pencipta tahu siapa yang benar siapa yang tidak.
Balasan kepada orang-orang yang bermain kotor.

Tidak semestinya diam itu tanda bodoh.
Lebih baik diam.

4 ulasan: