Sabtu, 11 Jun 2011

pegang tidak semestinya kuasai@miliki

Macam - macam kita belajar dalam dunia ni.
Nyata dan tidak nyata tetapi tidak sama rata.
Apa yang kita belajar melalui pembelajaran di sekolah mahupun kolej,
atau nak nampak gah sikit di universiti terutamanya kita belajar tentang bidang yang kita ceburi.

Sama ada teori sahaja ataupun praktikal.
Kita nampak benda itu, nampak apa yang kita belajar.
Guru di hadapan mengajar dan kita mendengar apa yang disampaikan tentang subjek yang menjadi topik pada hari itu.
Teori - teori yang dihasilkan oleh orang - orang dahulu yang cuba mempengaruhi mentaliti kita untuk ikut dengan cara mereka supaya ia dijadikan kepercayaan atau kita ikut cara mereka berfikir.

Tetapi masih banyak perkara yang kita tidak akan jumpa di sana ataupun di sekolah, kolej dan universiti.

Ilmu ghaib ini harus diajar melalui kehidupan dan masalah.
Dalam erti kata lain iaitu pengalaman.
Apa yang aku maksudkan ilmu ghaib ialah ilmu yang perlu dipelajari melalui pengalaman dalam hidup kita.
Bagaimana kita lalui masalah itu dan bagaimana cara kita berfikir dan cara kita bertindak.
Pantang larang dan budaya yang menjadi amalan kita harus dititikberatkan.
Paling penting iaitu unsur agama yang kita miliki.
Apakah sesuatu perkara yang berlaku itu merupakan salah satu punca hubungan kita dengan yang maha esa.

Itu terserah kepada individu ataupun hamba yang merupakan makhluk ciptaanNya.
Bagaimana manusia itu berfikir dan tahap ketaatan kepadaNya.

Contoh,

Jailani merupakan seorang remaja lelaki yang berumur 17 tahun.
Dia pelajar yang bijak tetapi malas untuk berusaha akan sesuatu perkara yang tidak menjadi kegemarannya.
Pada kebiasaannya Jailani mengambil mudah akan sesuatu perkara dan hanya melakukan perkara tersebut dengan ala kadar.
Boleh diandaikan bahawa Jailani kurang mentaati perintah Allah dan kadang - kadang juga melanggar perintahNya.
Jailani diberi wang sampingan oleh bapanya sebanyak RM 300.
Jailani di saman polis bebrapa hari selepas itu atas beberapa kesalahan tertentu dan wang yang diberikan oleh bapanya habis dibayar untuk saman tersebut.
Habis sapu bersih.

Dalam erti kata lain Jailani tiada rezeki walaupun dia sudah memegang wang sebanyak Rm 300.

Selang beberapa hari Jailani berkunjung ke rumah sedaranya dan pakcik Jailani memberi wang sebagai sedekah oleh pakciknya sebanyak RM 100.
Sekali lagi Jailani cuai dan wang tersebut hilang ataupun tercicir dari poket seluarnya.
Jailani sekali lagi hilang rezeki.

Jailani memperoleh sesuatu perkara yang baru. Tidak semua manusia peroleh pengalaman itu dan cara Jailani bertindak iaitu Jailani berfikir dengan positif di mana Jailani menganggap itu bukan rezekinya malah rezeki orang lain yang diberikan oleh Allah SWT dengan cara itu.
Itu tanggapan yang dibuat oleh Jailani dan ujian secara halus itu harus dimanfaatkan oleh Jailani dengan mengambil kira tentang faktor agama yang Jailani pelajari di mana Jailani harus berpegang dan percaya akan agama yang dipelajarinya atau amalan surah - surah yang menghalang daripada kejadian buruk berlaku seperti kejadian Jailani.

Banyak pendapat boleh diandaikan oleh sesiapa sahaja yang membaca contoh kehidupan yang mungkin tidak akan kita miliki sewaktu sesi pembelajaran di sekolah tetapi kita alaminya melalui kehidupan harian kita.

Banyak andaian boleh dibuat antaranya

"Mungkin perkara yang dilalui Jailani hanyalah kebetulan "

"Allah SWT menutup pintu rezeki Jailani akan sebab-sebab Jailani melanggari perintahNya atau tidak mentaatiNya"

"Allah SWT sengaja menguji keimanan Jailani dengan perkara sebegini dan ingin melihat apa reaksi Jailani seterusnya walaupun sudah dua kali berturut - turut Jailani tidak dapat merasai wang pemberian ahli keluarganya "

Macam - macam andaian. Anda sebagai pembaca juga berhak membuat andaian mengikut kemahiran berfikir yang anda miliki dan andaian anda mungkin berlainan daripada saya.

Hulurkan andaian anda di bawah dan kita boleh berbincang mengenainya.

Coretan yang tidak sempurna di atas adalah seratus peratus hasil pengalaman dan bual sembang antara orang persekitaran saya.

Dan ini kisah benar cuma gelaran Jailani sahaja yang bertukar.
Habis cerita.


Rabu, 13 April 2011

tekan shift pada keyboard anda

Huh, banyak sawang kat celah - celah ni.
Sawang labah-labah yang berupa sarang tebuan.
Tapi yang peliknya sawang labah-labah ni berada dalam laman sesawang aku.

Jangan fikir kenyataan di atas adalah kenyataan logik.
Maksud aku blog aku ni sudah lama tak bersentuh.

Sudah lama tak update.

Macam-macam hal berlaku sebelum ni dan syukur kebanyakanya adalah perkara baik belaka.
Setiap insan inginkan perkara baik yang berterusan.
Seperti juga aku,kau dan semua.

Perkara baik dan buruk dalam kehidupan masing-masing menjadi perkara biasa.
Aku selalu berfikir dan pegang akan falsafah ini

LIFE DOES NOT WHAT HAPPEN TO YOU,IT IS ABOUT HOW YOU HANDLE WHAT HAPPEN

Cantik betul susunan ayat ini.
Memberi motivasi baru kepada sesiapa yang membacanya.
Aku turut terasa kuasa motivasinya.
Cemerlang sungguh manusia yang susun ayat ini.
Nah 5 bintang !

Kesan daripada ayat-ayat cun motivasi ni memberi sedikit impak kepada diri aku.
Aku nak rasa benda baru.
Aku nak cuba sesuatu yang baru.
Ini bukan bermakna aku sudah bosan degan dunia yang aku lalui ini tetapi aku inginkan sesuatu yang baru.
Bukan harta benda ataupun manusia.
Tetapi ilmu baru dan kepakaran baru.

Mungkin sudah tiba masanya aku perlu melonjak.
Melonjak untuk membina perkara baru dalam hidup ini di mana setelah sekian lama baru aku perasan yang diri ini langsung tiada perubahan.
Terlalu buang masa untuk perkara yang dianggap remeh bagi diriku.

Habis.

Isnin, 21 Februari 2011

seni baru

Dulu zaman kecil-kecil teringin sangat nak kereta.
Sehabis baik cari kat bengkel-bengkel kereta nak cari majalah kereta yang terbiar.
Balik rumah cari pula sehelai kertas untuk dilukis gambar-gambar kereta sport.

Untuk permulaan.
Kalau tak pandai lukis suruh mak lukiskan.
Kebetulan mak aku cikgu seni.
Sambil aku gelak kecil dalam hati ni hehe.
Dah.

Sejak tu aku suka melukis.
Nak buat macam mana nak kereta sebijik pun tak dapat,dapat simpan gambar pun jadilah kan.
Bila dah lukis tak seronok kalau gambar kosong tanpa warna.
Aku cuba-cuba pakai warna nak bagi gambar nampak menarik.
Dah nampak kan seni dia?

Tutup cerita.

Aku sekarang ada sebijik basikal.
Mari sini aku tunjuk seni-seni dia.






P/S : thumbs up kat member-member yang sudi shoot GF aku ni

Ahad, 13 Februari 2011

pantulan imaginasi

Memberontak dengan tiba-tiba.
Buah fikiranku tiba-tiba muncul.
Muncul dan mengalir keluar melalui jari yang sedang menaip ini.

Kenapa?

Kenapa perlu ada teknologi dunia kini.
Yang mampu melihat isi setiap manusia.
Setiap manusia yang menayangkan kemegahan dan kecantikan diri mereka.
Apatah lagi seluruh hidup mereka ingin dialbumkan.

Untung tayangan ramai seluas alam.

Kadang-kadang kita langsung tak terfikir bagaimana jika benda ni tiada?
Langsung tiada.
Mungkin ramai yang senyap.
Senyap melakukan perkara masing-masing tanpa menunjukkan yang mereka ni perasan diri mereka gah.

Titik.

Sabtu, 12 Februari 2011

ada benda baru


Bukan nak tiru orang tapi dah minat.
Aku suka perwatakan benda ni.
Menarik.
Buat aku teruja dan puas.
Puas memilikinya.
Benda ni ada seni tersendiri.
Buat ikut cita rasa.
Ada ' skills '

Ramai antara korang yang mesti tak dapat tangkap lagi apa yang ingin aku sampaikan
untuk entri kali ni.

Mesti korang nak tau kan?

Nah !





P/S : Belum ada gambar fixie sendiri lagi.Akan diupload untuk entri seterusnya.Tunggu!

Isnin, 31 Januari 2011

dulu sampai sekarang



Zaman kanak-kanak.



Asal ke kedai semua nak beli itu ini asalkan benda mainan.

Dulu time kecik musim kereta tamiya yang main dalam longkang tu.

Berlumba-lumba dengan kawan tiap-tiap minggu kumpul duit buat koleksi.

Tukar enjin,tukar tayar,tukar body kit baru biar nampak cun nampak cantik.

Aku suka benda alah ni tapi maintenance tinggi.

Tinggi sebab nak kena pakai bateri yang power-power biar kereta laju.

Bateri pulak pakai buang.Nak beli bateri rechargeable tak mampu maklumlah budak sekolah.

Tapi takpe,dulu orang cakap kalau jemur tengah panas bateri jadi kuat balik.

Bertaburan lah pulak bateri depan rumah nak jemur bateri punya pasal semata-matademikereta tamiya ni.

Time tu pulak mak bapak ajar kalau nak sesuatu pakai duit sendiri jangan harapkan oranglain.

Terpaksalah aku ikat perut kat sekolah semata-mata hobi budak darjah dua ni.


Zaman remaja lebih kurang umur tingkatan 1 - 2.
Zaman berbasikal.
Bukan basikal tua bukan basikal anak dara yang bawak jalan-jalan kat taman petang-petang tu.
Tapi basikal BMX.

Sama jugak la senario dia macam musim kereta tamiya dalam zaman kanak-kanak dulu.
Tapi lain sikit.

Maintanence tinggi lagi.
Ratusan ringgit habis untuk tu.
Asalnya aku dapat basikal standard je sebab bapak aku yang belikan.
Mula-mula dapat tiap-tiap hari aku gilap biar berkilat.
Biar nampak muka aku kat batang besi basikal tu.
Sikit-sikit fenomena basikal bmx ni makin membuak.
Aku pun tukar la sana sini asal nampak lagi gah sama taraf dengan basikal bmx budak-budak lain.
Tayar standard aku tukar masukkan tayar lebar.
Handle macam basikal perempuan aku tukar handle lagi kecik.
Seat pun aku tukar dengan seat memang brand basikal bmx punya.
Aku keluar dari musim basikal tu sebab basikal aku hilang.

Habis cerita.

Biarkan berlalu dengan masa-masa manis tu.
Masuk alam remaja masuk hobi lain pulak.
Giat turun padang main bola sebab minat.
Turun padang main bola sungguh-sungguh nak dapat tempat dalam team sekolah.
Ada fenomena kecik time tu.
Minat baru iaitu kasut bola.
Ada macam-macam jenis kasut bola.
Kasut ikut gred dan ikut brand.
Paling menonjol kasut yang terkini atau terhangat di pasaran jadi perbualan budak-budak lain.
Aku cerita pasal kasut ni bukan aku beriya-riya sangat kejar kasut yang bagus.
Cuma aku nak selitkan sorotan kebendaan dari dulu sampai sekarang.
Apa yang aku buat dengan duit sendiri.
Aku bukan nak riak tapi nak kongsi.
Ramai kawan-kawan kita kat luar sana macam ni yang suka mengimbau zaman yang aku cerita ni.
Ratus ringgit jugak aku habis untuk kasut bola ni.
Time tu aku cuba nak terjemahkan seperti mana yang aku tonton di kaca televisyen.
Idola bola sepak yang mempamerkan cara dia bermain dan kasut pilihannya.
Time tu dalam hati aku nak jadi seperti dia.

Cerita dulu.


Sekarang dah ada elaun sendiri.
Elaun belajar aku.
tak perlu nak ikat perut dah macam dulu-dulu.
Lain sikit macam alam-alam yang lepas.
Lain sebab taktau nak belanja apa.
Aku taktau nak beli apa.
Dalam hati ingatkan nak simpan duit buat kahwin nanti je.

Wallahuallam.
Assalamualaikum

P/S : tak pernah ada duit sebanyak ini

Isnin, 24 Januari 2011

Kongsi

sibuk dengan belajar punya pasal mana sempat nak tulis kat binatang yang dipanggil blogspot ni.
Dengar cerita dah jadi isu ada orang jadi jutawan sebab blogspot ni.kan?
Ada yang jual cerita,ada yang jual gambar dan macam-macam lagi hal kat ruang ni.
Aku pun macam tu jugak sama macam manusia lain.
Dah tak pakai diari romeo macam tahun dulu.

Sedar tak sedar dah 3 tahun aku main benda alah ni.
Aku pun taktau apa kepuasan dia.Apa yang manusia semua boleh addicted sangat dengan benda ni.

Aku ada kerja sikit untuk korang semua.
nak kongsi pendapat sebab kalau pendapat aku je tak cukup.
Nak tau jugak pendapat ataupun pemikiran hamba-hamba yang lain macam mana.

Macam ni.
Adakah benar bencana alam yang banyak menimpa dunia hari ni adalah disebabkan sikap manusia terhadap alam semula jadi atau musibah yang tak dapat dielakkan.

Ok aku dah tau macam mana nak terjemahkan jawapan untuk soalan kat atas ni.
Tapi aku nak tau jugak pendapat yang lain macam mana.Tak salah bukan kalau nak kongsi?

P/S : tak sabar nak tonton cerita KONGSI
Apa itu kongsi sebenarnya.Can't wait !

Selasa, 18 Januari 2011

terus bekerja dalam hidup

Dah taip satu dua perenggan lepas tu aku padam.
Baru nak mula cerita lepas tu rasa macam tak sedap aku padam balik.
Aku padam apa yang nak aku luahkan.

Kadang-kadang bila dah depan laptop aku taktau nak cerita apa.
Bukan ada ujian pun macam peperiksaan SPM tapi ada benda yang menghalang aku nak bercerita.
Kalau aku jauh daripada laptop membuak-buak pula idea nak cerita.
Aku pun tak paham kenapa jadi macam ni.
Sumpah macam haram !

Ok idea dah datang sikit.
Aku sebenarnya penat ni.
Penat dengan komitmen belajar aku.
Dah macam askar aku kat sini ke hulu ke hilir belajar jadi manusia sebenar.
Kalau nak ikutkan aku ni dah memang manusia tapi nak jadi yang lebih baik kena belajar lagi.
kadang-kadang hati memberontak jugak sebab tak tahan penat.

Tapi benda-benda berkaitan dengan nama KOMITMEN ni bagi aku rasa hidup lebih mencabar.
Mencabar sebab aku tau macam mana nak cari jalan keluar kalau ada masalah.
Tak la rasa setahun tuu lama sangat.

Haih aku lupa balik apa nak cerita ni.
Hm dah lah aku dah malas.
Assalamualaikum

P/S : move on

Khamis, 6 Januari 2011

semangat lebih

Semangat !
Kalau tanya budak tahun 1 aku rasa dorang pun tau apa itu semangat.
Aku selalu ada semangat.
Okay aku bagi contoh.
Semangat untuk bekerjasama bersama kawan melakukan sesuatu bidang kerja.
Semangat bermain bola dan semangat untuk sesuatu benda yang aku suka.

Tetapi kali ini lain semangatnya.
Semangat bersama-sama orang yang kita langsung tidak kenal.
Berpuluh-puluh ribu orang pulak tu.
Entah celah mana datang dan kami kumpul di suatu tempat yang dinamakan stadium.
Semangat untuk menyokong pasukan bola sepak negara.

Aku nak kongsi sikit pengalaman sewaktu menonton perlawananan pasukan negara.
Okay aku mula sekarang.
Sewaktu gol dijaringkan oleh pasukan Malaysia,seluruh penonton bangun dari tempat duduk melonjak kegembiraan.
Saat itu penonton sekeliling aku melahirkan perasaan puas hati kerana gol berjaya dijaringkan dan kami berkongsi kegembiraan dengan bertegur sapa antara satu sama lain dan ada juga yang bersembang walaupun langsung tidak kenal.
Itu ertinya semangat di sana.
Semangat yang tak akan dapat di mana-mana.
Hari itu aku berjaya dapatkan semangat itu setelah sekian lama.

Aku tak nak berkronologi atau buat sinopsis untuk hari menyokong perlawanan bola sepak antara pasukan negara dan pasukan Indonesia dan Vietnam di stadium Bkt Jalil tetapi aku nak selitkan gambar semangat yang aku berjaya bawa pulang.

Nah tengok.








Malaysia menang Piala AFF Suzuki untuk yang pertama kali.
Syabas !
Tanah tumpahnya darahku dan Malaysia boleh !

pendapat aku tentang azam yang digembar-gemburkan pada tahun baru

tahun 2011?
Tiada apa yang aku angankan.
Tiada azam seperti mereka yang meluahkan apa jua jenis azam dan angan-angan.
Aku tetap begini.
Ramai yang kisah tentang sambutan tahun baru.
Berparti menyambut tahun baru di tempat yang layak disambut.
bagi aku perkara sebegitu tiada maknanya.

Bak kata rakanku
"kencing di rumah lebih bernilai pada malam tahun baru itu"

Sebagai manusia kita sentiasa berubah.
Berubah mengikut peredaran masa,budaya,persekitaran sekeliling dan macam-macam lagi.
Dan apa yang aku nak tekankan di sini jangan hanya menunggu tahun baru sahaja baru semua azam dihamburkan.
Terlalu jijik !
Jika nak berubah tanamkan niat di saat itu dan tak perlu nak tunggu detik tahun baru untuk bertanam niat.

Untuk tahun 2010 aku menganggap tahun berjaya bagi diriku.
Untuk setahun itu yang mempunyai 356 hari yang telah dilalui.
Syukur kepadaNya aku masih hidup.