Sabtu, 31 Julai 2010

belanja sakan



haih.
Sambil mengerut dahiku.

Bertanya pada diriku.
"Apa yang aku banyak sangat berbelanja pada bulai Julai ini?"

Sehinggakan perbelanjaan Julai aku mencecah RM700.
Seperti biasa aku belanja mengikut keperluan.

Makan,minum, dan topup adalah keperluan setiap hari bagi aku.
Oh kesilapan ye.
Topup cuma selang dua hari.

Dan perbelanjaan yang lain ialah sabun basuh,baju kelas,baiki telefon bimbit,raket badminton dan buku Pendidikan Jasmani.

Terlalu banyak bukan?
Banyak yang aku inginkan ketika ini.
Maklumlah darah remaja.

Nanti di hari tua tidak kupandang kebendaan ini lagi.

Esok sudah mula bulan baru iaitu bulan Ogos.
Niat di hati ingin lebih berjimat.

Tambahan pula bulan puasa moga-moga aku lebih berjimat.
Tiada siapa sangka mungkin lebih boros dek kerana juadah berbuka puasa
yang beraneka pilihan.

Aku ingin lebih berjimat !
Supaya dapat miliki apa yang diimpikan.

Selamat menyambut bulan baru ye.
Semoga bulan Ogos menjadi lebih sempurna.

Hari terakhir Julai

Hati perasaan ini terlalu gila
Terlalu gila akan perubahan dunia

Masa beredar terlalu cepat sehinggakan

kita setiap manusia terleka

Aku tak nafikan aku juga terleka

Hari terakhir Julai tiada apa yang dapat dibuat

Dan yang hanya mampu adalah mencatat di laman ini sahaja

Aku inginkan kelainan

Terlalu bosan untuk diri ini





Khamis, 29 Julai 2010

29 Julai 2010


Awal aku bangun hari ini
Seperti biasa pagi yang indah melihat cahaya terang di balik
Gunung Kinabalu

Ada cahaya ada bayang-bayang orang yang aku sayang
Rakan-rakan perjuanganku ketika di bangku sekolah
Bayang-bayang ini hanyalah imaginasi semata-mata

Khabar berita mereka hanya di laman Facebook
Dunia di hujung jari semata-mata
Menyebabkan manusia leka dan malas

Aku bergegas ke kelas pada jam 6.50 pagi
Terlalu awal bagiku kerana sebelum ini
sentiasa bergerak ke kelas jam 7.15 pagi

Namun menghampakan apabila pensyarah tidak dapat hadir
dek kerana urusan menyelia pelajar-pelajar senior
Tetapi tidak apa bagi diriku
Terus mengerjakan urusan pelajaranku
Iaitu pembentangan 'power point' untuk minggu hadapan

Babak kedua iaitu kelas Bahasa Inggeris bersama
Madam Aidah
Ya aku akui terlalu bosan dengan subjek itu
Gagahkan diri juga untuk belajar
untuk mendapat sesuatu yang baru
Sesuatu yang belum kuketahui
Ya percubaan yang baik
Aku berasa ada sedikit keminatan tentang subjek itu

Babak ketika belajar bersama pensyarah Ismail Awang Piut
Aku bangga mendapat pensyarah sepertinya
Bukan bermakna aku tidak berbangga dengan pensyarah lain

Cara dia menyampaikan topik yang dibincangkan
Pengalaman yang diceritakan beliau dari setiap sudut
Politik,isu semasa dunia dan negara dan lain-lain lagi
Aku bangga dan teruja.Sentiasa terngiang-ngiang suaranya di telingaku.
Banyak yang aku dapat selain melayari internet rekaan manusia ini.

Ilmu tanpa sempadan tetapi pengalaman dan pengetahuan daripada orang lama
lebih bernilai.Aku teruja mendengarnya.

Rabu, 28 Julai 2010

Masyarakat Barat Fobia angka 13


Masyarakat Barat fobia angka 13

Bukan sahaja masyarakat Melayu mempunyai kepercayaan tentang perkara mistik. Masyarakat barat juga tidak terkecuali. Pasti sahaja perasaan pelik dan hairan akan muncul apabila kita berhadapan dengan situasi di bawah ini :

Sebaik memasuki lif di sebuah bangunan tinggi dan ketika jari ingin menekan butang lif berkenaan, didapati terdapat nombor tingkat yang seolah-olah hilang pada aturannya. Tingkat nombor 10 ada, nombor 11 ada, nombor 12 pun ada tetapi kemudian terus ke nombor 14. Ke mana menghilangnya tingkat bernombor 13?

Demikianlah keadaan di kebanyakan bangunan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada – bangunan tinggi di kota besar yang terletak di kedua-dua negara terbabit tidak memiliki tingkat bernombor 13. Situasi tersebut amat menghairankan tetapi itulah satu fenomena pelik yang melanda kebanyakan masyarakat Barat atau mungkin ramai penduduk di seluruh dunia. Mereka percaya bahawa angka 13 adalah angka yang membawa malang, angka yang disumpah dan ‘berhantu’ sehingga menyebabkan penggunaan angka berkenaan akan membawa malang atau maut kepada mereka yang menggunakannya.

Kajian terhadap fenomena pelik yang melanda manusia itu menyebabkan fobia terhadap angka 13 digelar ‘Triskaidekaphobia’ malah lebih pelik adalah wujud pula fobia terhadap hari Jumaat yang jatuhnya pada 13 hari bulan yang diklasifikasikan sebagai ‘paraskavedekatriaphobia’ atau ‘friggatriskaidekaphobia’. Kepercayaan masyarakat Barat kononnya angka 13 sebagai angka sick, disumpah dan berhantu dipercayai bermula daripada ajaran Kristian apabila Iblis iaitu ketua syaitan pada asalnya dianggap sebagai malaikat ke-13 tetapi ia digugurkan kerana menderhaka kepada Tuhan.

Selain itu, pada majlis ‘Santapan Terakhir’ yang dipercayai dalam doktrin agama Kristian, rakan yang mengkhianati Jesus iaitu Judas adalah lelaki yang ke-13 duduk di meja makan. Ketika ahli sihir Rom purba menyeru kehadiran syaitan pula, mereka akan berkumpul seramai 12 orang dan orang ke-13 yang hadir pada upacara itu adalah jelmaan syaitan. Sesetengah penyelidik beranggapan bahawa fobia terhadap angka itu berasal daripada kepercayaan tahyul manusia pada zaman kuno. Manusia pada zaman itu dikatakan mengira sehingga nombor 12 atau sedozen dan angka selepas itu iaitu dikatakan mewakili unsur ghaib.

Masyarakat Barat mengira angka yang diberi nama sehingga angka terakhir adalah 12 atau ‘twelve’ dan angka seterusnya iaitu bermula angka 13, dimulai dengan gabungan angka iaitu ‘thirdteen’, ‘fourteen’ dan seterusnya. Kiraan bulan dalam setahun juga sehingga bulan ke-12 dan tidak ada bulan ke-13. Selain itu, kepercayaan terhadap sumpahan angka 13 turut berasal daripada pegangan kaum Vikings. Dikisahkan bahawa ketika 12 dewa Norse sedang mengadakan majlis makan malam, tiba-tiba datang Loki iaitu dewa yang tidak diundang ke majlis berkenaan.

Loki dianggap tetamu ke 13 pada majlis itu dan menjadi perancang utama pembunuhan Baldr, dewa kegembiraan. Kematian Baldr menyebabkan seluruh dunia menjadi gelap dan hari itu tidak lagi disinari kegembiraan atau dengan kata lain adalah hari itu sick dan malang. Menerusi kisah berkenaan jugalah wujudlah kepercayaan tahyul kononnya apabila 13 orang berkumpul, maka seorang daripada mereka akan mati.

Fobia itu diperkuatkan lagi dengan beberapa kejadian aneh yang berlaku membabitkan angka 13 terutama membabitkan hari Jumaat yang jatuh pada tarikh hari itu. Penahanan dan pembunuhan pasukan Knights Templar dalam perang salib berlaku pada hari Jumaat, 13 Oktober 1307.

Pada Jumaat 13 Oktober 1066 juga menjadi hari terakhir pemerintahan King Saxon Harold II sebelum dia dibunuh Duke of Normandy, William. Ekspedisi ke bulan menggunakan pesawat Apollo 13 dianggap gagal kerana ia menyandang nombor 13 malah diterbangkan pada jam 13:13 EST pada 11 April 1970. Seorang lelaki iaitu Arnold Schoenberg yang menderita triskaidekafobia didapati lahir dan meninggal pada tanggal 13 hari bulan.

Disebabkan berlakunya pelbagai kejadian aneh itu menyebabkan semakin ramai percaya bahawa 13 adalah angka yang disumpah dan berhantu manakala hari Jumaat yang jatuh pada 13 hari bulan dianggap hari yang sick oleh penganut Kristian termasuk masyarakat British, Jerman, Polish, Bulgaria dan Portugis.

Malah, fobia terhadap angka berkenaan tidak saja melanda orang bawahan tetapi pengarah syarikat dan kalangan intelektual. Akibatnya ada pengusaha syarikat penerbangan yang tidak menyediakan kerusi penumpang bernombor 13, syarikat pembinaan yang tidak membina bangunan yang memiliki tingkat 13, pintu ke-13 atau premis bernombor 13.

Dalam perlumbaan Formula One dan banyak perlumbaan lain, tiada kenderaan yang membawa nombor 13 malah syarikat program komputer, Microsoft digembar-gembur kononnya melangkau versi produk Microsoft Office ke 13 mereka disebabkan fobia berkenan.

Daripada Microsoft Office 12, mereka dijangka akan terus mengeluarkan Microsoft Office 14. Institut Fobia dan Pengurusan Tekanan AS di Utara Carolina menyatakan bahawa pelbagai industri di negara itu kerugian antara AS$800 hingga AS$900 juta pada hari Jumaat yang jatuh pada 13 hari bulan berikutan ramai penduduk enggan menaiki penerbangan atau keluar rumah pada hari itu.

Justeru, benarkah angka 13 adalah angka yang sick, disumpah atau berhantu? Persoalan itu saya ajukan kepada seorang rakan yang kerap menggunakan angka 13 dalam kehidupannya. Jersi sukannya bernombor 13, nombor telefonnya juga memiliki angka 13 dan banyak lagi kaitan nombor itu dengannya.

INFO: Fobia terhadap angka

• Selain angka 13, ada masyarakat China, Jepun dan Korea yang fobia terhadap angka empat kerana dalam bahasa Mandarin atau bahasa Tionghua, sebutan ‘empat’ dan ‘mati’ adalah sama.

Sebilangan pihak masih memutarbelitkan fakta ini dengan menyebut bahawa angka ‘4′ disebabkan dari angka 13 yang dicampur iaitu ‘1+3 = 4′.

• Dalam budaya masyarakat Itali, angka 17 dianggap sick atau disumpah. Angka roman 17 atau XVII boleh ditukar kepada VIXI yang bermaksud ’saya pernah hidup’ dalam bahasa latin atau maksudnya ’sekarang saya sudah mati’.

• Di Sepanyol, 13 turut dianggap angka yang sick tetapi bukan pada hari Jumaat. dalam kepercayaan mereka, hari Selasa yang jatuh pada 13 hari bulan dianggap hari yang sick atau disumpah.

Tolong Pergi !

Sakit
sungguh sakit

Minta banyak bersabar
sudah lama lebih kurang dua minggu lepas

Hamstring please go away !

Ahad, 25 Julai 2010

Syaaban

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Fadhilat

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

  • Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

  • Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

i really miss them

mama

Abah


Kereta kegemaran aku

Honda EK 4
Nissan Silvia
Toyota corolla GL

Toyota Levin
Corolla GL

Tiki taka

SEPANYOL yang pernah dilabelkan sebagai pasukan underachiever di persada bola sepak antarabangsa melakar sejarah tersendiri dengan menjulang dua piala berprestij dalam tempoh dua tahun.

Pasukan yang mendapat jolokan La Roja telah membuktikan mereka setanding dengan pasukan hebat dunia apabila menjuarai Euro 2008 dan menjulang trofi Piala Dunia 2010 baru-baru ini.

Bagaimanapun, kejayaan pasukan Sepanyol tidak datang bergolek tetapi dengan semangat juang yang tinggi dan pendekatan gaya permainan Tiki Taka menjadi resipi generasi emas bola sepak La Roja.

Pendekatan gaya Tiki Taka cukup mengujakan penonton yang menyaksikan perlawanan pasukan Sepanyol dengan menekankan permainan pantas, kawalan dan berpuluh hantaran bola menarik sehingga pihak lawan keletihan disusuli serangan.


PARA pemain pasukan Sepanyol meraikan kemenangan mereka selepas menewaskan Belanda dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2010 pada 11 Julai lalu di Stadium Soccer City, Afrika Selatan.


Permainan cantik itu terbukti berkesan apabila Sepanyol hanya tewas dua kali sahaja sejak November 2006 sekali gus menamatkan kemarau 44 tahun menjuarai piala berprestij dengan menewaskan pasukan Jerman untuk menjuarai Euro 2008 di bawah kendalian Luis Aragones.

Tiki Taka yang diperlihatkan dalam pasukan Sepanyol sebenarnya mempunyai pengaruh permainan Total Football yang cukup sinonim dengan Belanda.

Bahkan, permainan cantik yang ditonjolkan Sepanyol sudah lama menjadi asas kelab gergasi Barcelona apabila legenda bola sepak Belanda, Johan Cruyff menjadi jurulatih pasukan tersebut pada tahun 1988.

Ini terbukti apabila sembilan pemain kebangsaan Sepanyol yang menjulang Piala Dunia 2010 merupakan produk akademi bola sepak remaja Barcelona, La Masia.

Mereka ialah Victor Valdes, Pepe Reina, Carles Puyol, Gerard Pique, Sergio Busquets, Xavier Hernandez, Andres Iniesta, Cesc Fabregas dan Pedro Rodriguez.

Kesinambungan permainan cantik gaya Tiki Taka kelab Barcelona diteruskan jurulatih Belanda Louis van Gaal dan Frank Rijkaard sehingga menjadi ikutan pasukan Liga Sepanyol yang lain.


PARA pemain Sepanyol disambut penuh meriah dalam satu perarakan di Madrid.


Bekas jurulatih Belanda yang berkhidmat di Barcelona juga tidak terkecuali mengenengahkan bakat-bakat muda dari akademi remaja La Masia ke dalam skuad senior sehingga memberi impak kepada pasukan kebangsaan Sepanyol.

Senarai bakat-bakat muda itu terlalu ramai tetapi ia termasuk pemain tengah Sepanyol, Busquests yang membuat penampilan sulung dalam Piala Dunia 2010.

"Anda perlu menyebut Van Gaal dan Cruyff yang tidak takut mengenengahkan pemain-pemain penting daripada sistem remaja.

"Rijkaard juga bertanggungjawab memperkenalkan formasi 4-3-3 untuk kelab Barcelona dan membantu perkembangan pasukan kebangsaan.

"Gaya permainan dan prinsip adalah sama dengan kelab dan Sepanyol. Pada pandangan saya ia adalah satu bonus kerana memudahkan persefahaman dan kerjasama apabila bermain bersama sepanjang musim," jelasnya.

Pengaruh Tiki Taka

Sementara itu, pertahanan Sepanyol, Carlos Marchena percaya pengaruh gaya permainan Tiki Taka pemain Barcelona memberi kelebihan kepada pasukannya pada perlawanan akhir Piala Dunia menentang Belanda.


KEJAYAAN pasukan bola sepak Sepanyol tidak datang tanpa semangat juang yang tinggi.


"Barcelona merupakan pasukan terbaik dunia. Mereka mengenali antara satu sama lain sehingga permainan menjadi sempurna dan menyeronokkan.

"Ia juga memainkan peranan penting dalam memastikan Sepanyol mencapai kejayaan dalam Piala Dunia," kata bintang Valencia itu .

Dalam penampilan sulung perlawanan akhir Piala Dunia 2010 menentang Belanda, jaringan tunggal Iniesta pada minit ke-116 masa tambahan sudah memadai memastikan Sepanyol menjulang Piala Dunia.

Sepanyol juga melakar sejarah pasukan Eropah pertama memenangi Piala Dunia di luar benua Eropah.

Kejayaan pasukan kendalian, Vicente Del Bosque telah menerima sambutan wira sebaik pulang ke negara mereka dengan hampir sejuta orang memenuhi Madrid.

Sabtu, 24 Julai 2010

neutron star colision lyrics by Muse


I'm so addicted to this song currently


I was searching
You were on a mission
Then our hearts combined like
A Neutron Star Collision

I had nothing left to lose
You took your time to choose
Then we told eachother with no trace of fear that

Our love would be forever
And if we died
We died together
And I
I said never
Cause our love would be forever

The world is broken
And halo's fail to glisten
We tried to make a difference but
No one wants to listen
Hail, the preachers fake and proud
Their doctrines will be cloud
Then they'll dissipate
Like snowflakes in an ocean

Love is forever
And we'll die
we'll die together
And I
I said never
Cause our love could be forever

Now, I've got nothing left to lose
You take your time to choose
I can tell you now without a trace of fear
That my love will be forever
And we'll die
we'll die together
And I
I will never
Cause our love
Will be forever

Jumaat, 23 Julai 2010

OMG !

F50 adizero destroyed defences in South Africa. Before you unleash the fury on your new season, check out your nearest mididas online store where you can customize yours.

F50 adizero. The Lightest The Fastest The Deadliest.

Rindu


Ye aku rindu.
Aku rindu kepada fenomena empat tahun sekali.
Aku rindu kepada fenomena yang hanya berlaku selama sebulan.
Rindu berjaga malam bercerita tentangnya.
Rindu tentang kecantikan keunikannya walaupun fenomena itu adalah benda yang sama.



Laporan Pesta Bola Merdeka 2010



LAPORAN PESTA BOLA MERDEKA 2010

Pertandingan bola sepak anjuran Jabatan Pendidikan Jasmani Institut Pendidikan Guru Kent dengan kerjasama pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani Semester 3 telah berlangsung dengan jayanya pada tarikh 17 dan 18 Julai 2010.Pertandingan bola sepak ini dikenali Pesta Bola Merdeka disertai oleh enam pasukan dari pelbagai unit.

Hari pertama kejohanan menyaksikan enam pasukan berentap dalam peringkat kumpulan.Enam pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan.Juara dan naib juara kumpulan pula berentap pada hari kedua kejohanan iaitu di peringkat separuh akhir.Pasukan penganjur iaitu pasukan Kent Troopers menjadi juara kumpulan A manakala pasukan HD United iaitu pasukan gabungan pelajar pelajar PISMP Pra , Pen. Jasmani , Bahasa Arab dan PSV muncul naib juara kumpulan A.

Pasukan Wakawaka iaitu pasukan gabungan pelajar PISMP Bahasa Melayu ,Matematik dan Sains muncul juara kumpulan B dan pasukan Bosko iaitu gabungan pelajar PPISMP Sains,Pendidikan Islam ,Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu muncul naib juara kumpulan B.

Separuh akhir pertama menyaksikan pasukan Kent Troopers menundukkan pasukan Bosko dengan jariangan 5-2 manakala pertembungan separuh akhir kedua menyaksikan pasukan HD United mengalahkan pasukan Wakawaka dengan jaringan 3-2.

Perlawanan akhir menyaksikan pasukan Kent Troopers memenangi perlawanan akhir dengan kemenangan penalti iaitu 5-4 dan dukacita dimaklumkan bahawa dua orang pemain telah cedera teruk dalam kejohanan tersebut.

Kejohanan ini telah memberi beberapa kebaikan dan faedah kepada kita semua antaranya pihak penganjur dapat belajar bagaimana cara untuk menguruskan sesuatu pertandingan dengan lebih baik dan terancang dan selain itu yang diutamakan ialah dapat menyatupadukan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar dan seterusnya mencungkil bakat baru dalam kalangan mereka.

Seterusnya kami sebagai pihak penganjur dapati bahawa ada beberapa faktor yang perlu dibaiki antaranya ialah cara menarik minat peserta supaya pertandingan bola sepak ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan seterusnya kami perlu melipat gandakan usaha untuk menjadikan acara bola sepak ini supaya lebih berprestij dan menjadi tumpuan kepada semua pelajar institut.

Laporan disediakan oleh :

Muhammad Zaim Azhar

PPISMP PJ Ambilan Julai 2009

Khamis, 22 Julai 2010

labah-labah

Cikgu : Farouk,berikan saya contoh kata ganda.
Farouk : haaaaa saya tahu cikgu .Saya boleh bagi berganda-ganda lagi haha.
Cikgu : Okay silakan Farouk.
Farouk : Saya cerita ya cikgu.
Abah saya tanya,Farouk,tu binatang apa tu?
Yang tu LABAH-LABAH LA BAH
Tengok kan cikgu banyak ganda banyak dapat markah kan?
Cikgu : Cikgu ketawa.Kalau mak awak yang tanya?

haha lakonan bujang sepah.

Keputusan Perlawanan Pesta Bola Merdeka 2010

Juara Kumpulan A : Kent Troopers
Naib Juara Kumpulan A : HD United

Juara Kumpulan B : Wakaka
Naib Juara Kumpulan B : Bosko

Separuh Akhir 1 : Kent Troopers 5-2 Bosko
Separuh Akhir 2 : Wakaka 2 - 3 HD United

Tempat Ke 3/4 : Wakaka 0-1 Bosko
Akhir : Kent Troopers 0-0 HD United (Kent Troopers menang penalti 5-4)

Penjaga Gol Terbaik : Khairuddin Kholid
Pemain Terbaik kejohanan : Muhamad Naim Azhar
Penjaring Terbanyak kejohanan : David
Pemain Harapan : Zaharuddin
Pasukan Fair Play : Wakaka

Pesta Bola Merdeka 2010

Inilah wajah-wajah pelajar kelas PPISMP PJ yang berjaya merangkul kejohanan Pesta Bola Merdeka buat kali pertama haha.Tahniah kawan !

Tahniah juga kerana berjaya menganjurkan kejohanan ini dengan lancar dan kerjasama antara rakan-rakan amat penting untuk mendapatkan hasil yang baik.

EK KOM TERUG in African Language ;)

Hari ini Khamis 22 julai 2010 aku kembali 'update' laman blog aku setelah lama menyepi akan kesibukan belajar mahupun ruang sosial aku aha lama beb tinggal 'ruang perkongsian hidup' ini atau lebih umum dikenali sebagai BLOG.Kini aku sihat dan telah pun berjaya menyambung pelajaran sehingga semester 3 kursus persediaan.

Oh ya mahu juga aku cerita perkembangan diriku ini dan yang pertama iaitu cuti selama sebulan dan aku dapat meluangkan masa sepenuhnya bersama keluarga di samping rakan-rakan baikku yang berada di Kuala Lumpur.Bahan menarik juga ketika aku bersama dengan mereka iaitu kejohanan Piala Dunia yang berlangsung di Afrika Selatan di mana aku menghabiskan waktu dengan menonton perlawanan bola sepak.

Tak jumpa pagi lah kan cerita dia sepanjang aku cuti selama sebulan.

Maklumlah perlawanan bola sepak dari malam hingga ke pagi dan setelah Subuh baru aku tidur sehingga ke petang dan begitulah rutin harianku ketika cuti.

Macam biasa karang banyak panjang lebar pun aku rasa tiada siapa yang nak baca jadi setakat ini sahaja cerita dari aku.Seterusnya akan aku "update' dari masa ke semasa.

Luu baik-baik juga ya.