Jumaat, 19 Oktober 2012

Kisah Klasik

                                                    sebuah kisah klasik untuk masa depan.


Tiada Tajuk

Aku tidak tahu apa yang aku ingin luahkan di sini. Di setiap pelosok mindaku mempunyai cerita. Tidak tahu bagaimana untuk aku hamburkan intipati emosiku di sini satu demi satu.
Ataupun seolah - olah setiap persoalan atau cerita yang bermain diminda ini meronta - ronta ingin keluar menjadi perkataan atau penulisan.

Mungkin akan keadaan emosi aku yang stabil. Dan jika emosiku tidak stabil, aku bisa mengatur setiap perkataan untuk aku luahkan di sini. Dalam keadaan emosi tidak stabil itu aku paksa otak dan hati aku untuk keluarkan perasaan itu ke dalam bentuk tulisan.

Dengan sedikit sentuhan deria mendengar yang disuap oleh iringan lagu sentimental yang dipasang dan juga sebatang rokok yang dihisap, aku mampu keluarkan perasaan di ruang ini dengan tersusun.

Tetapi tidak serupa sama sekali apabila kita berkongsi cerita atau meluahkan perasaan terhadap seseorang.
Jika di sini, hanya perkataan yang menerajui minda para pembaca untuk mengetahui sesebuah perasaan itu seterusnya pembaca cuba untuk berimaginasi dan membayangkan apa yang disampaikan.


Tetapi jika kita bertentang mata dengan seseorang untuk meluahkan perasaan, kita menyampaikan perasaan tersebut dengan intonasi suara dan 'body movement' seiring dengan jalan cerita yang disampaikan.

 Maka perasaan atau apa yang kita rasa itu sampai kepada para pendengar dengan jelas.
Ada satu jalan untuk menyampaikan sesuatu selain menulis. Iaitu memaparkan sebuah lagu yang benar - benar kena dengan situasi kita. Habis.

Rabu, 3 Oktober 2012

bersihkan habuk

Berhabuk.

Tarikh terbit entri yang lepas menunjukkan aku sudah lama tidak menulis. Lama tak lama lah dalam  sebulan yang lepas begitu.
Ada juga sekali sekala datang jenguk tetapi tak buat apa - apa. Sekadar perhati apa yang aku luahkan, apa yang aku sampaikan. 

Apabila aku baca kembali apa yang aku tulis, apa yang aku catat, seolah - seolah aku tidak percaya bahawa penulis blog ini ialah aku.
Aku tidak percaya kerana emosi aku ketika itu berada dalam keadaan normal dan neutral. Dan aku menulis  ketika itu dalam keadaan emosi yang tidak stabil. Segala apa yang aku luahkan terlalu sensitif. 

Dah boleh nampak kan pemikiran aku yang macam mana?
Sentitif.

Sebenarnya begini. Aku mati kutu. Kekeringan idea untuk kongsi perasaan dan cerita hidupku.
Bagaimana hendak lepaskan perasaan dan cerita dalam bentuk perkataan atau penulisan. Aku bukannya seorang penulis yang baik. Jika pandai menghamburkan perasaan dan berkongsi cerita ke dalam bentuk penulisan walau bagaimana cara sekalipun, bukan ada siapa yang mahu baca. (hahahahaha) . Lawak tak? K.

Cukuplah sekadar aku 'update blog' dan menulis entri sebegini tanpa memberi input kepada kawan - kawan yang membaca. Sekurang - kurangnya hampa semua tahu aku masih lagi bernyawa dan dalam keadaan yang baik.

Bukan tak nak cerita dekat sini, kalau nak cerita terlampau banyak perkara yang ingin dikongsi.
Senang cerita bila - bila nanti waktu lapang kita jumpa kita borak okay? amacam? baiklah.

 Sekian.