Rabu, 22 Disember 2010

Buntu

Aku langsung tak selak blog ni.
Banyak program banyak aksi.
Asalnya nak jugak celoteh dua tiga kerat ayat tanda aku update blog ni tapi tak menjadi jugak.
Haa hari ni baru ada masa sikit.

Aku sebenarnya taktau nak cerita apa ni.
Walhal masa aku keluar lepak,keluar berjalan - jalan, banyak topik yang timbul dalam kotak fikiran untuk aku sampaikan melalui ruang suara aku ni tapi bila dah depan laptop aku jadi buntu pula.
Macam biasa la seperti situasi apabila kita berada di rumah dan ingin ke kedai kerana terbayang - bayang sesuatu yang ingin dibeli,tetapi bila dah sampai kedai taktau nak beli apa.
Jadi buntu.

Aku pun buntu nak kongsi apa.
Sekali lagi menemui jalan buntu.

Selasa, 7 Disember 2010

percutian menarik

Aku senyum lebar hari tu.
Seronok dan puas dapat berjalan ke Teluk Kemang.
Memang betul-betul menjadi rancangan ni dan bukannya melayu.

Eh apa kaitan dengan melayu?
Ahh lupakan.

Rombongan ke sana seramai 9 orang termasuk aku.
Awalnya gua tak yakin beb rancangan ni menjadi sebab gua usha muka kawan - kawan gua macam tak yakin dan nak tak nak je untuk ke sana.
Akhirnya menjadi juga.

Malam sebelum bertolak aku bersama rakan yang lain menggeledah pasar borong berdekatan rumah kami pada pukul 1 pagi.
Hasilnya kami bawa pulang 2 ekor ayam ,13 ekor ikan kembung dan sekilo kerang.
Sebelum tu kami kutip rm5 sekepala untuk makanan yang akan dibakar di sana.

Kami bergerak dengan menaiki dua buah kereta dan perjalanan ke sana mengambil masa selama sejam setengah.
Aku berasa teruja apabila rakan - rakan yang sekepala berkelah bersama sambil menikmati suasana di tepi pantai yang tenang.
Gelagat pelancong di sana juga yang memenuhi ruang pantai Teluk Kemang dengan kehadiran aktiviti mereka yang berlainan menemani percutian kami.

Aku tidak ingin bercerita panjang tentang episod seterusnya dalam percutian ini tetapi apa yang
dapat aku sampaikan ialah melalui gambar - gambar yang sempat ditangkap di sana.


dua buah kereta untuk 9 orang
kawan aku yang gila - gila

Pakar masak

Ayam yang diperam bersama kunyit

sedia untuk dimakan



makan beramai - ramai

main bola


keletihan selepas bermain bola dan menaiki bot pisang

Aku juga turut tumbang

Langit tak selalunya cerah.
Seorang rakan gua cedera parah ketika menaiki 'banana boat' dan kami membuat keputusan untuk menghantarnya ke hospital berdekatan.
Pangkal tangannya retak dan dia dinasihatkan untuk berehat selama 2 bulan dan tempoh masa itu begitu sukar untuk dihadapi dek kerana dia seorang yang aktif bersukan.
Harapan agar cepat sembuh.

Pada awalnya kami ingin pulang sebelum waktu Maghrib tetapi disebabkan hal kecemasan ini kami pulang agak lewat sikit dan terpaksa makan malam di gerai makan berhampiran Pekan Port Dickson.
Alhamdulillah perjalanan selamat dan sampai ke rumah pada pukul 10.30 malam.

Jumaat, 3 Disember 2010

cuba faham rentak sekarang

6.47 pagi hari jumaat.
Aku lebih cenderung untuk bercerita dalam keadaan begini.
Dalam keadaan mengantuk dan penat setelah main futsal.
Walhal singgah sebentar untuk hilangkan dahaga di kedai makan tadi sudah terbayangkan katil di rumah.

Kebelakangan ini aku sering keluar untuk berinteraksi dengan orang.
Selain berada di rumah,aku juga berinteraksi dengan orang lain dengan adanya laman sosial rasmi kebanyakan manusia zaman ini iaitu FACEBOOK.
Tidak kira lah manusia jenis apa pun dari golongan kanak-kanak hinggalah warga emas turut memiliki facebook.

Jap jap dah lari topik.
Aku cerita balik pasal aku keluar berinteraksi dengan orang lain.
Dalam episod ini,aku lebih berfokus kepada di mana aku keluar dan bukan dengan siapa aku keluar untuk berinteraksi.
Okay di mana aku keluar ni merujuk kepada tempat yang aku kunjungi.
Antaranya pusat beli belah,kedai makan,taman rimba dan pada umumnya tempat awam.

Ramai manusia.Terlalu sesak dan banyak jenis ragam dan identiti yang ditayangkan.
Aku tidak hairan.Masyarakat Malaysia berbilang kaum tak pun demokrasi.
One Malaysia lah katakan.

* tiba - tiba je aku ni hehe

Tetapi.
Mesti ada tetapi.
Sedang aku berjalan di sekitar pusat beli belah tersebut,
Aku melihat sebuah keluarga yang ceria.
Keluarga kaum Melayu tu yang diketuai oleh ibunya membawa imej seorang wanita Muslim yang menutup aurat mungkin membawa anak-anaknya berjalan ataupun membeli belah.
Anak-anaknya pula dalam golongan kanak-kanak dan remaja.
Timbul tanda tanya apabila aku melihat seorang remaja perempuan mungkin anak kepada si ibu Muslim yang menutup aurat tadi dalam kelompok keluarga tersebut yang berimejkan 'bersahaja' ataupun dengan lebih tepat pakaiannya seluar pendek dan berbaju lengan pendek.

Aku menggaru kepala.
Bukan tanda kepala aku banyak kutu tetapi pelik melihat si ibu yang bercirikan seorang wanita Muslim dan anak perempuannya pula berwatakan seperti seorang artis barat yang mengenakan pakaian yang agak sesuai ketika berada di bilik rumahnya sendiri.
Terus aku bertanya kawan sebelah tentang persoalan yang timbul di atas.
Jawapan kawan sebelah berbunyi begini.

"Dah memang trend sekarang lah you,ramai dah macam ni"

Sedap bunyinya.Minda kita menyebelahi budaya barat yang terlalu bebas.
Memang dah lama negara kita merdeka dan bebas tetapi minda masyarakat kita tidak pernah berganjak untuk lebih waras.

Untuk perkara di atas mungkin dianggap remeh bagi anda untuk aku persoalkan.
Leceh bukan orang seperti aku?
Aku tak hairan kalau orang yang aku jumpa di tempat awam seperti yang aku gambarkan di atas, emak dan anaknya membuka aurat dan yang lebih tepat seperti ala-ala artis,tetapi aku hairan bagaimana seorang emak yang bercirikan wanita Muslim menutup aurat dari atas hingga ke bawah tubuhnya membiarkan anak remaja perempuannya berpakaian mencolok mata.

P/S : aku yang berfikiran cetek dan tak matang

Selasa, 30 November 2010

terkini tak hangat

Mak aih.Lamanya blog ni tak diusik walhal ramai yang lalu lalang di sini.
Tak pelik dan tak juga curiga sebab penghuni blog ni sedang bercuti.

Okay okay dah cukup.

Aku yang belajar di perantauan cukup sibuk kebelakangan ini.Sibuk dengan orang di sekeliling aku.
Jenguk rakan-rakan terdekat bertanyakan khabar berita menjadi inti dalam rutin cuti aku.
Cerita menarik dan panas menjadi agenda utama.Topik perbualan seiring dengan arus kehidupan remaja kami di samping mengimbau kembali kenangan lama walaupun sudah beberapa kali dijadikan sebagai topik perbincangan setiap kali kami melepak.

Cuba korang teka apa yang aku kejarkan dalam benak fikiran aku sekarang ni?

okay tak payah nak main teka teki sebab aku tiada 50 sen nak bagi korang semua.
Dah habis sen dah !
Aku sebenarnya ingin mencari inti untuk dijadikan detik manis saat aku berada di sini bersama kawan baik dan juga keluarga.Ketika berada di Sabah aku harapkan saat ini.

Sungguh mengharap.

Bayangkan waktu yang ada cukup sukar untuk dikejar tambahan pula aku jarang pulang ke rumah dan banyak habiskan masa di Sabah.
Kawan di merata tempat dan bermacam-macam agenda yang kami rancangkan.
Aku terpaksa berhempas-pulas untuk meluangkan masa lapang bersama mereka.
Ikutkan hati nak saja aku membelah diri kepada dua bahagian asalkan sejuta senyuman terukir di bibir mereka.Aku rindukan mereka dan begitu juga mereka terhadap aku.

*mintak-mintak mereka juga sama sepertiku :)

Saat ini soal duit aku tidak pedulikan lagi asalkan apa yang aku kejar tercapai.
Aku catat entri ini bukan untuk mengadu tentang apa-apa atau sebarang luahan hati yang pedih tetapi aku berasa sungguh puas.
Puas dengan aliran kehidupan aku ketika cuti ini.

Aku mampu mengawal waktu di mana setiap manusia mempunyai 24 jam sehari.
Aku mampu membahagikan waktu itu sama rata kepada orang sekeliling.
Ini bukan paksaan tetapi dengan rela hati sendiri.
Aku puas kerana minda aku sentiasa terbuka disebabkan perbincangan yang menarik di antara mereka.
Bermacam-macam cerita bermacam-macam ragam yang ditonjolkan.
Daripada perbincangan itu aku kutip beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan yang akan datang.
Aku jangkakan mesti ada di antara pembaca entri ini yang ingin mempersoalkan sesuatu.

Sudah semestinya.Jika ada tolong tinggalkan komen di bawah ya.

Baru-baru ini aku mendapat pengalaman baru iaitu menonton teater.
Terima kasih kepada Ayep(kawan baik) kerana sudi mengajak aku untuk menonton bersamanya di Istana Budaya.
Seumur hidup tidak pernah tonton teater babe !
Sejarah tercipta semalam apabila aku menonton teater bertajuk Natrah dan cerita itu memberi pelbagai makna.Aku juga kagum akan bakat-bakat artis Malaysia yang mampu memberikan persembahan bertenaga untuk jayakan teater tersebut dan aku juga berfikir sejenak jika aku berada di tempat mereka untuk hidupkan suasana cerita tersebut.

*Perenggan di atas tiada langsung kena-mengena dengan promosi teater tersebut ataupun pengarah teater memberi wang suapan kepada aku tetapi dengan hati yang ikhlas aku mengatakan teater Natrah ini berjaya

NATRAH 2

Aku lewat pulang ke rumah setelah menonton teater Natrah dan setelah itu aku keluar pula menonton perlawanan bola sepak di antara pasukan Barcelona - Real Madrid bersama rakan yang lain dalam keadaan badan letih dan mengantuk.
Ketika aku pulang ke rumah pada pukul 6.00 pagi setelah selesai menonton perlawanan bola sepak,seorang pak cik tua berbangsa Cina bersedia untuk menjual surat khabarnya di kaki jalan.
Bukan bermaksud aku berasa Dejavu tetapi hati aku agak tertarik.

Mungkin bagi anda perkara ini sudah menjadi perkara biasa tetapi bagi aku entah kenapa aku berasa janggal dan segan apabila aku melihat seorang pak cik tua berbangsa Cina menyusun mejanya untuk menjual surat khabar seawal jam 6 pagi.

P/S : Tolong bagi respon untuk perasaan yang segan dan janggal ini

Sabtu, 20 November 2010

tanda tanya

4.40 pagi.
Sambil menunggu waktu subuh,aku mula menaip.
Ada yang tidak kena pada hati aku.

Ingin berkata sesuatu yang agak luar biasa.
Agak luar biasa untuk ditelan atau diludah.
Aku seperti berada di tengah-tengah tidak ingin berganjak ke mana-mana.

Banyak perkara yang telah aku lalui selama 19 tahun ini tetapi perasaan ini masih tidak dapat aku simpulkan.
Aku ingin mengejar perasaan ini di mana aku sering tertanya-tanya dan selalu merenung jauh apa yang benar berlaku dan apa yang aku harus lakukan.

Masih kiasan dan masih lagi menjadi tanda tanya untuk susunan ayat-ayat di atas.
Tiada siapa yang berani untuk menjawab persoalan yang samar-samar ini.
Terus terpendam di lubuk hatiku.
Mungkin jawapan akan menjelma apabila sesuatu perkara itu berlaku untuk mencari noktah yang terakhir.

P/S : gua lemah sikit beb

Jumaat, 19 November 2010

mana ada apa sangat

Ramai orang sibuk packing barang tapi gua masih mengadap laptop.
Asyik blogwalking blog orang.Seronok sebab minda terbuka.
Banyak benda aku tau dalam dunia ni melalui blogserius.
Aku pun ragu-ragu juga nak percaya atau tidak sesetengah perkara yang tidak masuk akal.
Apa-apa pun luu orang lawat dulu blog tu and then baru cerita sama gua ok.
Tambahan lagi, *ceh macam nak tulis karangan pula

Nak cari info sikit pasal barang yang gua nak beli nanti.
Gua minat kasut ni tapi mahal sangat.Tak mampu.
Harap-harap jumpa sebijik macam gambar bawah di ceruk-ceruk Uptown nanti.
Tidak kisahlah apa brand pun asalkan sedap mata memandang dan yang paling penting murah.



lanvin

P/S : selamat bercuti kepada semua rakan dan nikmatilah masa yang ada nanti bersama orang tersayang

Rabu, 17 November 2010

17 November

Setakat ini tiada inspirasi untuk aku menconteng apa-apa di sini.
Sekadar ingin berkongsi sedikit cerita-cerita yang boleh dibualkan.

Tanggal 17 November 2010 merupakan Hari Raya Aidil Adha untuk semua umat Islam dan buat pertama kalinya aku beraya jauh daripada keluarga tersayang.Bagi aku suasana raya itu tidak timbul di sini dan yang paling utama aku tidak kisah aku beraya di mana.
Itu yang pelik.
Hari raya pada hari ini beredar seperti hari-hari biasa.Hanya sempat meratah daging-daging lembu yang dikorbankan pada pagi tadi.
Syukur ke hadrat ilahi kerana aku dapat beraya dalam dua situasi berbeza.

P/S : teruk sungguh hambamu ini

Isnin, 15 November 2010

ini rasanya

Lost dan hilang.
Aku tak tau nak update apa.
Penat berjalan ke hulu ke hilir mencari idea untuk di update.

Jap-jap,perlu ke update?terdesak sangat ke nak update?
Bukan begitu.Blogging atau update ini menjadi salah satu hobi untuk diriku.
Maklumlah sekarang sudah menjadi mahasiswa.
Bukan budak-budak hingusan sekolah macam dulu.
Alam selepas sekolah lain der.
Bangga sikit lah kan?

Dulu time sekolah tak pernah aku nak sentuh-sentuh laptop ni.
(Tolong faham ye maksud sentuh di atas)
Paling kurang pun laptop kawan untuk main game.
Atau pun aku bertenggek di cyber cafe terdekat semata-mata ingin lepaskan tekanan.
Tekanan? kononnya

Sekarang dunia hujung kuku aku.Aku boleh tau semua perkara kecuali politik(tak nak aku benda tu kotor lah) dengan adanya komputer riba atau nama popularnya laptop.

Apa yang aku nak cerita tadi hah? (dalam hati berkata-kata)

Tak perlu nak hurai panjang-panjang.
Apa yang aku ingin katakan sekarang aku rindu.Rindu pulang ke rumah.
Rindu pada keluarga dan teman-teman.
Semua aku rindu !
Perasaan rindu itu tidak akan datang jika tiada cinta.


sampai rumah nanti rindu ruang sosial aku di sini pula

Gambar rumah tiada gambar kampung pun jadilah asalkan dalam konteks rindu

Aku ambil sedikit isi daripada artikel di internet.

Rindu seperti yang kita ketahui, merupakan perkara yang berlaku selepas hadirnya cinta.
Maksudnya, bila cinta mekar maka rindu akan hadir secara tidak langsung. Rindu juga adalah merupakan amalan hati yang mana manusia tiada kuasa untuk menghalangnya.

Aku rindu untuk pulang ke rumah pada hari sabtu ini.
Hati bergelora apabila hari itu tiba.
Kepada manusia yang tidak pernah berjauhan dengan orang tersayang mungkin tidak akan merasai nikmat rindu.

Mungkin.

Ahad, 14 November 2010

alah bisa tegal biasa lain maksudnya

Zaman dahulu mana ada apa-apa.Yang ada hanya sehelai kertas.
Sehelai kertas untuk berhubung dengan orang lain yang dikirim atau dihantar dan penerimaannya berminggu-minggu dan berbulan lamanya.
Menjadi perkara sulit dan hanya orang yang berhubung sahaja tahu akan perkara itu.

Sungguh leceh bukan?
Zaman moden ini hanya memerlukan beberapa saat sahaja untuk berhubung dengan orang lain.
Bermacam-macam cara boleh digunakan.Orang lain pun boleh tahu apa yang kita lakukan dan apa yang kita hebahkan.
Memang tak dapat nak disangkal lagi.

Adanya facebook,twitter,blog,skype dan yang terbaru iaitu tumblr.
Dapat aku simpulkan di sini benda-benda moden ini sesetengahnya adalah untuk 'membogelkan' diri pemilik-pemilik laman sosial tersebut.

Manakan tidak semuanya menjadi tayangan orang lain.Gambar mahupun video yang mereka 'upload' menjadi tontonan semua.
Gambar yang terlalu menggiurkan kononnya nak ikut tren budaya asing.Pose ala model bikini atas katil sendiri pun jadilah kan asalkan orang lain bagi komen yang 'positif '
Hanya contoh semata-mata aku tidak kaitkan mana-mana pihak.

Belum sentuh pula gambar bercumbuan dengan pasangan mereka ditayangkan juga untuk orang ramai.

Pandai tahu pandai guna tetapi disalah gunakan untuk perkara lain.
"terlebih pandai !"

Contoh gambar yang aku lihat.

Anak melayu minum arak di kelab malam?
Kau bangga sangat?
Hebat sangat ke minum arak sehingga menjadi tatapan percuma orang ramai?
Nahhh ambil kau 50 sen sebab bangga !
Sekali lagi untuk perasaan bangga !

P/s : perkara luar biasa yang sudah menjadi biasa

Sabtu, 13 November 2010

makan besar

Puas dan berbaloi !
Itulah yang mampu aku simpulkan untuk makan malam perpisahan kami yang bertarikh 11 November lepas.
Aku bersama pelajar-pelajar kelas menghadiri satu majlis perpisahan untuk pelajar KPLI Ambilan Januari 2010.

Pada mulanya,aku berat hati untuk menghadiri majlis tersebut kerana bayarannya mahal iaitu rm50 seorang.
Fuhh siapa yang nak pergi babe kalau bayar sebanyak rm50 hanya untuk makan sahaja.
Ikutkan hati aku langsung tidak mahu menghadiri majlis tersebut kerana bayarannya yang mahal tetapi aku fikirkan juga apa kata-kata rakanku yang lain.
Maklumlah majoriti semuanya hadir majlis tersebut.



karaoke


pelajar senior

antara pensyarah yang hadir




terlalu sedap pandang camera pun tidak mahu hehe

masakan steam boat

daging mentah sebelum dimasak

sedia untuk dimakan

Memang seronok apabila ramai-ramai berkumpul untuk majlis sebegini yang menjadi perkara wajib untuk akhir semester.

P/S : tahniah kepada pelajar KPLI yang menganjurkan majlis.Semoga berjaya dan bersedia untuk tahun hadapan

Rabu, 10 November 2010

panjang cerita dia


Sekali lagi aku bercerita tentang sukan ini iaitu bola sepak.
Bola sepak membuatkan aku berasa terlalu ketagih.
Tidak kisah sama ada bermain,menonton atau bersembang tentangnya.
Sesuatu perkara yang menjadi sebahagian daripada diriku.

Awal pagi lagi sudah 'surf'' internet untuk mengikuti perkembangan-perkembangan tentang dunia bola sepak.

Seperti,

"Arsene Wenger puji kehebatan barisan muda Arsenal"
"Jack Wilshere dipanggil untuk menyertai squad senior England"
"Cesc Fabregas kekal sehingga 2015"
Dan keputusan-keputusan perlawanan tumpuan.

Eh kenapa semuanya berkaitan dengan kelab Arsenal?
Tidak perlu dihuraikan lagi kerana aku peminat setia kelab ini sejak dahulu lagi hehe.

Ketika di kelas pula aku dan rakan-rakan yang lain sibuk bercerita tentang bola sepak.
Apa yang peliknya kami sebagai kaki bola tidak pernah bosan bercerita tentang bola sepak.
Menonton video bola sepak dan bermain permainan video juga menjadi rutin kami di dalam kelas mahupun di asrama.

Kita langkah pula pada sebelah petang.
Macam biasalah tidak sabar turun ke padang.
Kalau hujan hati aku menjadi gundah-gulana kerana tidak dapat turun ke padang.
Jika berada di rumah pula sudah semestinya aku dan rakan-rakan terdekat bermain futsal pada waktu petang dan malam.

Menonton perlawanan bola sepak.

Hal ini juga menjadi kegilaan aku.
Tidak pernah jemu menonton kerana minat yang mendalam.
Ada juga antara kami yang hanya suka bermain bola sepak tetapi tidak minat untuk menonton perlawanan bola sepak.
Walaupun perlawanan tumpuan,mereka langsung tidak menghiraukan perkara itu.
Hanya keputusan yang mereka ingin tahu sahaja.

Lima tahun dahulu,
Aku menonton perlawanan bola sepak dan hanya menanti saat menjaringkan gol sahaja.

Tetapi sekarang lain pula cara tontonan aku.
90 minit perlawanan menjadi perhatian aku.
Maksudnya aku menonton dengan lebih 'terperinci' lagi.
Di mana aku menonton cara sesebuah pasukan atau seseorang pemain mengawal bola dan permainan.
Cara tendangan dan hantaran mereka.
Strategi yang digunakan sewaktu mereka bertahan dan menyerang.
Cara kawalan bola mereka.
Skill permainan mereka.
Dan kesemuanya menjadi perhatian untuk diaplikasikan ketika aku bermain.
Bermula daripada itu aku meminati seorang pemain.

Xabi Alonso


Pemain ini merupakan bintang untuk pasukan Real Madrid yang bermain di posisi tengah.
Aku minat caranya bermain bola sepak.
Hantaran dan kawalan bolanya menjadi kegilaan aku.
Hantarannya tepat dan beliau juga bijak mengawal permainan.

Aku cuba untuk menjadi sepertinya.
Hari demi hari berlatih untuk tingkatkan permainan aku.
Masih lemah pelbagai aspek.
Itulah yang aku kejarkan.

p/s : maaf kerana terlalu merepek sebab aku bosan

Isnin, 8 November 2010

geram dah tak sabar




Hari peperiksaan.
Kita perlu bersedia untuknya.
Belajar apa yang tidak faham.
Dipaksa berfikir dan memahami segala teori yang diberikan.

Banyak masa sebenarnya untuk aku bersedia menghadapi hari peperiksaan.
Namun sikap malas itu melekat di sisi aku.
Lebih cenderung untuk membuat perkara lain.
Tidak seperti semester-semester lepas.

Mungkin menelaah pelajaran lebih sesuai untuk waktu-waktu genting agaknya.
Apabila situasi saat akhir itu membuatkan kita risau dan terpaksa membaca dan menyerap segala ilmu sekali gus dalam kotak minda kita.

Aku tidak sabar untuk habis 'exam'.
Aku menanti saat itu.
Ingin pulang ke rumah yang telah lama ditinggalkan.
Rindu semua.

Jumaat, 5 November 2010

manusia kurang pandai

Ramai sungguh orang yang selalu mengadu,mencemuh,mengherdik dan mengutuk
perkara yang dianggap remeh-temeh dan macam-macam lagi lah.

Tak perlu aku nak bagi contoh-contoh yang bodoh ini.
Buang masa sahaja kan.
Walhal aku tengah menulis perkara yang bodoh ini.

Macam diri mereka semua sahaja yang terlalu bagus.
Senang untuk menilai orang lain walhal diri mereka seteruk itu juga.
Pandai memberi komen kepada orang lain sedangkan mereka juga seperti itu.

Bodoh !

Sedar la diri sikit anda pun apa kurangnya.
Tidak perlu nak menghebohkan tentang keburukan orang lain sedangkan kita manusia
sama tinggi darjatnya.
Ada baik dan ada buruk.
Aku sendiri pun ada baik buruknya tetapi tidak perlulah menghebahkan perkara yang sekecil zarah kepada orang ramai.
Masing-masing sudah boleh berfikir apa yang patut difikirkan.

P/s : sungguh bodoh

Selasa, 2 November 2010

ada baiknya

Sudah setahun setengah aku berada di sini.
Sabah negeri di bawah bayu.
Pada awalnya aku berasa agak janggal.
Maklumlah berada di tempat orang.
Makanan, budaya, cara hidup, tambahan bahasa yang digunakan.

Bah bah bah la kan.

Aku tetap tegar dengan pendirian untuk terus belajar di sini di mana situasinya berbeza
berbanding Kota Kuala Lumpur yang serabut dengan kesesakan lalu lintas.

Atau lebih dikenali dengan nama hutan batu !

Kadang-kadang terfikir juga bagaimana jika aku belajar di sana atau di tanah semenanjung.
Ada baiknya dan yang lebih utama iaitu lebih dekat dengan orang tersayang.
Aku sentiasa boleh menatap wajah orang tuaku secara 'live'.
Ada hikmahnya aku jauh daripada mereka.
Jauh itu melahirkan rasa rindu yang membuak-buak dan terlerai akhirnya apabila peluang untuk bercuti pulang ke rumah itu tiba.

Aku belajar di seberang.Tanah yang jauh daripada kampung halamanku.
Terlalu jauh untuk itu.

Berpegang dengan keazaman dan semangat untuk mencapai puncak aku terpaksa berkorban walau apa jua rintangan yang melintas aku.
Perkara ini menjadikan aku lebih kuat.

Hujan panas dan hari demi hari yang dilalui tidakku sangka sudah setahun setengah rupanya.
Tinggal empat tahun lagi untuk berjuang dan seterusnya Insyaallah jika diberi petunjuk akanku sambung pelajaranku ke tahap seterusnya.

P/S :Ingin mencapai perkara baru lagi di sini

Rabu, 27 Oktober 2010

tidak boleh nak lari

Tengah menaip sesuatu,
Tengah bermain sesuatu,
Tengah belajar sesuatu,

Tiba-tiba sahaja teringat akan peristiwa lama.
Langsung tidak boleh mengelak daripada mengingati perkara itu.
Langsung tidak boleh menipu diri sendiri.

Berasa sebak pun ada juga tetapi hakikatnya sudah berakhir.
Mungkin terus berakhir atau berkait semula itu tidak pasti dan hanya tuhan sahaja yang menentukannya.

Aku takut akan perkara kurang baik yang akan terjadi selepas ini.
Terlalu takut bagi diriku.

Samar atau mereka yang membaca mungkin tertanya-tanya apakah yang sedang berpusing di kepalaku.
Tidak perlu aku huraikan apakah perkara yang mencakar di benak fikiranku.
Terlalu sensitif perkara ini dan aku jarang berkongsi dengan sesiapa.
Ibu bapa mahupun teman rapat.
Bercerita di sini tentang perkara yang menyentuh hati dianggap sebagai bogel.
Ramai yang akan tahu nanti jadi tidak perlu aku ceritakan.

Cukuplah sekadar hati ini sahaja yang tahu.
Yang terus berkecamuk oleh bayang-bayang silam.

Selasa, 26 Oktober 2010

bila purnama mengambang

Berkat dari kesungguhan,
Terbentuklah kejayaan,
Ku merasa oh nikmatNya,
Bersyukur tak terhingga
Dengan pemberianNya,
Hidup aku sekarang ceria,

Dahulu aku tewas,
Dan yang menyedihkan ku,
Insan yang ku sayang pun berlalu,

Hilang semua rasa benci,
Melangit ku dipuji,
Menjelma semula saudara,
Walau dahulu pernah sengketa,
Kini ke depan bertanya berita,

Begitulah kehidupan,
Bak purnama mengembang,
Mendung jadilah terang,
Hilang bila dilindungi awan tak siapa lagi memandang,

Dahulu ku tersisih sendiri tanpa oh kekasih,
Kini tak terbilang menjelma,
Tidak tergoyang keimanan ini sayang,

Walau selautan kasih yang engkau janjikan kepada ku
itu tidak ikhlas,
Ini ku ketepikan rasa cinta pada seseorang,
Kerna bimbang hilangnya setia,

Yang lebih utama terus membuktikan,
Kukuh kedudukan usung kejayaan,

p/s : kadang-kadang perlu juga untuk berjiwang

Jumaat, 22 Oktober 2010

bola sepak permainanku

Tendang bola,tanduk bola,tampan bola,kawal bola.
Itulah permainannya.

Makan bola,minum bola,tidur bola,tengok bola?
Itulah bola sepak.Benda yang berbentuk sfera menjadi tumpuan seluruh dunia.

Ada yang mati kerananya.
Ada yang ketagih kerananya.
Ada yang jadi kaya kerananya.
Ada juga yang hancur kerananya.

Aku hanya ingin berkongsi aktiviti aku di sini berkaitan bola sepak.
Sedikit gambar yang boleh dijadikan tatapan dan tontonan semua.

perlawanan berkesudahan seri 1-1
Trooper Kent
Aku jersi bernombor 14
bergambar bersama pasukan Keningau Gladiator
Keningau Gladiator
Aku,Saiful dan Qarim
warm up
warm up

P/s : rindu pula pasukan sekolah dahulu

indahnya Gayang

Alhamdulillah,

Bersyukur ke hadrat Allah S.A.W kerana aku masih hidup sekarang.
Ingin berkongsi sedikit cerita aku ketika ini.
Aku baru sahaja selesai menjalani program perkhemahan di Gayang.
Sungguh indah tempat itu.

Dalam kesibukan aku menjalani program perkhemahan,sempat juga aku mencuri gambar-gambar di sana.

Sungguh tenang dan mempersona.










Banyak aktiviti dapat dilakukan di sini antaranya kembara hutan dan berkayak.
Agak malang bagiku kerana tidak sempat untuk memancing.


P/s :Cuba-cuba edit gambar ala-ala photographer sedikit walaupun camera tiada kuasa tinggi