Jumaat, 3 Disember 2010

cuba faham rentak sekarang

6.47 pagi hari jumaat.
Aku lebih cenderung untuk bercerita dalam keadaan begini.
Dalam keadaan mengantuk dan penat setelah main futsal.
Walhal singgah sebentar untuk hilangkan dahaga di kedai makan tadi sudah terbayangkan katil di rumah.

Kebelakangan ini aku sering keluar untuk berinteraksi dengan orang.
Selain berada di rumah,aku juga berinteraksi dengan orang lain dengan adanya laman sosial rasmi kebanyakan manusia zaman ini iaitu FACEBOOK.
Tidak kira lah manusia jenis apa pun dari golongan kanak-kanak hinggalah warga emas turut memiliki facebook.

Jap jap dah lari topik.
Aku cerita balik pasal aku keluar berinteraksi dengan orang lain.
Dalam episod ini,aku lebih berfokus kepada di mana aku keluar dan bukan dengan siapa aku keluar untuk berinteraksi.
Okay di mana aku keluar ni merujuk kepada tempat yang aku kunjungi.
Antaranya pusat beli belah,kedai makan,taman rimba dan pada umumnya tempat awam.

Ramai manusia.Terlalu sesak dan banyak jenis ragam dan identiti yang ditayangkan.
Aku tidak hairan.Masyarakat Malaysia berbilang kaum tak pun demokrasi.
One Malaysia lah katakan.

* tiba - tiba je aku ni hehe

Tetapi.
Mesti ada tetapi.
Sedang aku berjalan di sekitar pusat beli belah tersebut,
Aku melihat sebuah keluarga yang ceria.
Keluarga kaum Melayu tu yang diketuai oleh ibunya membawa imej seorang wanita Muslim yang menutup aurat mungkin membawa anak-anaknya berjalan ataupun membeli belah.
Anak-anaknya pula dalam golongan kanak-kanak dan remaja.
Timbul tanda tanya apabila aku melihat seorang remaja perempuan mungkin anak kepada si ibu Muslim yang menutup aurat tadi dalam kelompok keluarga tersebut yang berimejkan 'bersahaja' ataupun dengan lebih tepat pakaiannya seluar pendek dan berbaju lengan pendek.

Aku menggaru kepala.
Bukan tanda kepala aku banyak kutu tetapi pelik melihat si ibu yang bercirikan seorang wanita Muslim dan anak perempuannya pula berwatakan seperti seorang artis barat yang mengenakan pakaian yang agak sesuai ketika berada di bilik rumahnya sendiri.
Terus aku bertanya kawan sebelah tentang persoalan yang timbul di atas.
Jawapan kawan sebelah berbunyi begini.

"Dah memang trend sekarang lah you,ramai dah macam ni"

Sedap bunyinya.Minda kita menyebelahi budaya barat yang terlalu bebas.
Memang dah lama negara kita merdeka dan bebas tetapi minda masyarakat kita tidak pernah berganjak untuk lebih waras.

Untuk perkara di atas mungkin dianggap remeh bagi anda untuk aku persoalkan.
Leceh bukan orang seperti aku?
Aku tak hairan kalau orang yang aku jumpa di tempat awam seperti yang aku gambarkan di atas, emak dan anaknya membuka aurat dan yang lebih tepat seperti ala-ala artis,tetapi aku hairan bagaimana seorang emak yang bercirikan wanita Muslim menutup aurat dari atas hingga ke bawah tubuhnya membiarkan anak remaja perempuannya berpakaian mencolok mata.

P/S : aku yang berfikiran cetek dan tak matang

2 ulasan:

Ahmad Nur Zharif berkata...

Entri kita kali ni ada sedikit kaitan.. Islam datang sebagai sesuatu yang asing dan akan kembali asing di akhir zaman.. sesuatu yang tidak sesuai dengan agama kita, di"cover" dengan klise "TREND"..

Berbahagialah orang-orang yang asing di akhir zaman! Iaitu yang tetap teguh mematuhi Allah & Rasul-Nya..

Jemput baca :

http://anzsensei.blogspot.com/2010/12/peti-segunung-tidak-bermakna-pitis.html

dan

http://anzsensei.blogspot.com/2010/12/bahagia-dalam-keasingan.html

Abdullah Arif berkata...

hai bang, penyampaian dan juga pembawaan cerita macam kenal je? haha seronok baca, btw, kau sepatutnya snap lol gambar, kasi letak sekali, lagi baek. feel
-mamat tak matang dari blog jiran