Isnin, 25 Februari 2013

dulu lain sekarang lain

Sebatang rokok sebagai 'buah mula'.
Untuk masa yang sedikit lapang, boleh dikatakan waktu rehat pada waktu malam.
Aku selak entri - entri yang lepas.

Entri - entri lama yang wujud perasaan gembira, hiba dan sedih aku.
Ruang itu telah aku tinggalkan, seolah - olah aku tidak percaya aku mampu merungkai perasaan yang terbit di hati dengan cara melemparkan jiwa tersebut melalui bait - bait ayat.

Biar panas ataupun hujan, aku tetap aku. Cara aku berfikir, cara aku menerima orang dan cara hidup aku.
Tidak berubah.

Masih juga mencari erti hidup sebenar. Masalah demi masalah timbul, aku berkawan dengan masalah.
Masalah merupakan teman baikku. Tiada teman untuk berbicara, berkongsi pandangan untuk meleraikan masalah. Aku hanya sendiri.

Dengan berdiri sendiri, dugaan - dugaan yang timbul dalam hidup membuatkan aku lebih dekat kepada tuhan. Meminta kepadaNya petunjuk, permudahkan segalanya.

Aku lebih selesa begini.

Rabu, 9 Januari 2013

Akur

Bicara tentang azam baru dan tentang masa di belakang. Aku akur aku cukup lemah dan masih di belakang.
Cukup dengan pahit - pahit dan manis yang telah dilalui sebelum ini, aku masih 'survived'.
Tahun 2012 memberi aku seribu satu erti yang aku tidak pernah jangka aku akan laluinya.

Perit sungguh.

Namun aku yakin terdapat banyak lagi keindahan di hadapan.
Sering berdoa kepada Yang Maha Berkuasa untuk menjadikan diri ini supaya lebih baik.

Aku yakin denganNya. Ada sesuatu yang tersirat dalam ruang perasaan ini.

Lepaskan perasaan ini andai dia bukan untukku. Aku akur dengan ketentuanMu Sang Pencipta.

Akur.


Jumaat, 16 November 2012

Harap faham

Aku tiada kata. Tiada daya untuk menulis. Hanya berdaya untuk menjadi pemerhati dan pembaca kepada penulis - penulis blog yang lain.

Sebentar.

Muncul idea dengan tiba - tiba untuk menulis.

Berbalik dengan persepsi kita dan persepsi orang lain, kita boleh cuba berdiri selari atas garisan penglihatan atau 'vision' orang lain sedikit demi sedikit dengan daya kognitif yang kita ada. Sedikit - demi sedikit akan membentuk struktur kognitif baru dalam mental kita. Bukan terus membangkang seratus peratus tetapi dengan cara mengeluarkan kata - kata seperti " betul tetapi bagi pandangan aku begini begini begini "

Cuma dengan satu syarat, jangan keras kepala dan ego. Ketepikan aspek - aspek tersebut dan  kita boleh sekepala untuk berbincang dengan yang lain. Walaupun sekadar ' sembang kedai kopi '.

P/S : Harap apa yang disampaikan di atas dapat difahami kalian. Maklumlah jarang sudah menulis.

Jumaat, 19 Oktober 2012

Kisah Klasik

                                                    sebuah kisah klasik untuk masa depan.


Tiada Tajuk

Aku tidak tahu apa yang aku ingin luahkan di sini. Di setiap pelosok mindaku mempunyai cerita. Tidak tahu bagaimana untuk aku hamburkan intipati emosiku di sini satu demi satu.
Ataupun seolah - olah setiap persoalan atau cerita yang bermain diminda ini meronta - ronta ingin keluar menjadi perkataan atau penulisan.

Mungkin akan keadaan emosi aku yang stabil. Dan jika emosiku tidak stabil, aku bisa mengatur setiap perkataan untuk aku luahkan di sini. Dalam keadaan emosi tidak stabil itu aku paksa otak dan hati aku untuk keluarkan perasaan itu ke dalam bentuk tulisan.

Dengan sedikit sentuhan deria mendengar yang disuap oleh iringan lagu sentimental yang dipasang dan juga sebatang rokok yang dihisap, aku mampu keluarkan perasaan di ruang ini dengan tersusun.

Tetapi tidak serupa sama sekali apabila kita berkongsi cerita atau meluahkan perasaan terhadap seseorang.
Jika di sini, hanya perkataan yang menerajui minda para pembaca untuk mengetahui sesebuah perasaan itu seterusnya pembaca cuba untuk berimaginasi dan membayangkan apa yang disampaikan.


Tetapi jika kita bertentang mata dengan seseorang untuk meluahkan perasaan, kita menyampaikan perasaan tersebut dengan intonasi suara dan 'body movement' seiring dengan jalan cerita yang disampaikan.

 Maka perasaan atau apa yang kita rasa itu sampai kepada para pendengar dengan jelas.
Ada satu jalan untuk menyampaikan sesuatu selain menulis. Iaitu memaparkan sebuah lagu yang benar - benar kena dengan situasi kita. Habis.

Rabu, 3 Oktober 2012

bersihkan habuk

Berhabuk.

Tarikh terbit entri yang lepas menunjukkan aku sudah lama tidak menulis. Lama tak lama lah dalam  sebulan yang lepas begitu.
Ada juga sekali sekala datang jenguk tetapi tak buat apa - apa. Sekadar perhati apa yang aku luahkan, apa yang aku sampaikan. 

Apabila aku baca kembali apa yang aku tulis, apa yang aku catat, seolah - seolah aku tidak percaya bahawa penulis blog ini ialah aku.
Aku tidak percaya kerana emosi aku ketika itu berada dalam keadaan normal dan neutral. Dan aku menulis  ketika itu dalam keadaan emosi yang tidak stabil. Segala apa yang aku luahkan terlalu sensitif. 

Dah boleh nampak kan pemikiran aku yang macam mana?
Sentitif.

Sebenarnya begini. Aku mati kutu. Kekeringan idea untuk kongsi perasaan dan cerita hidupku.
Bagaimana hendak lepaskan perasaan dan cerita dalam bentuk perkataan atau penulisan. Aku bukannya seorang penulis yang baik. Jika pandai menghamburkan perasaan dan berkongsi cerita ke dalam bentuk penulisan walau bagaimana cara sekalipun, bukan ada siapa yang mahu baca. (hahahahaha) . Lawak tak? K.

Cukuplah sekadar aku 'update blog' dan menulis entri sebegini tanpa memberi input kepada kawan - kawan yang membaca. Sekurang - kurangnya hampa semua tahu aku masih lagi bernyawa dan dalam keadaan yang baik.

Bukan tak nak cerita dekat sini, kalau nak cerita terlampau banyak perkara yang ingin dikongsi.
Senang cerita bila - bila nanti waktu lapang kita jumpa kita borak okay? amacam? baiklah.

 Sekian.




Khamis, 6 September 2012

tak menjadi

Pada mulanya aku ingin menyiapkan sebilangan kerja yang perlu dihantar untuk beberapa minggu saja lagi. Kerja atau 'assignment' yang menjadi perkara wajib bagi setiap mahasiswa/mahasiswi macam aku.

Namun, aku gagal.

Aku serong melakukan perkara lain.
Aku ke sini menjenguk blog aku yang sudah lama tidak berlangkah.
Dan juga blog rakan - rakanku yang lain.

Bukan mengetahui tentang perkembangan diri mereka, tetapi lebih kepada perkembangan minda mereka.

Malam ini ada cubaan dari aku untuk menyiapkan tugasan dengan lebih awal. Tetapi langsung tidak menjadi.
Niat aku tidak sempurna barangkali.

Sudah tujuh semester aku di sini tetapi aku tetap dengan perangai buat kerja 'last minute'.

Adakah ini cara lelaki atau kerektor aku yang agak 'cool' ?

Ingin cuba sesekali untuk berada pada tahap yang selesa. Tahap di mana keputusan peperiksaan aku seperti pelajar Cina yang berjaya.