Selasa, 20 April 2010

teh tarik

seorang lelaki tua yang nyanyok dan miskin.
berjalan ke sana ke sini tiada arah tuju.
Duit ada tetapi beberapa sen sahaja.

Dia berasa kehausan setelah penat berjalan.
Ketika berjalan tanpa arah, kebetulan pula ada sebuah warung yang berhampiran di tepi jalan.

takkan warung tengah jalan plak kan

Orang tua tadi pun singgah sebentar di warung berdekatan untuk menghilangkan dahaga
Dia bertanya kepada taukeh warung berkenaan.
"teh tarik panas berapa ringgit?teh tarik sejuk?
Taukeh pun jawablah teh tarik panas 70 sen dan teh tarik sejuk pula seringgit.

Kebetulan orang tua miskin yang aku ceritakan ini ada 70 sen lalu dia
memesan teh tarik panas.

Teh tarik sedap tu beb.Nak sikit boleh pakcik?kata aku lahh

Orang tua yang kehausan tanpa berlengah lagi terus minum teh tarik panas itu dengan cepat.
Panas beb teh tarik tu.
Taukeh warung heran kenapa begitu cepat si tua miskin ni minum air panas.
Taukeh warung tanpa ragu-ragu bertanya kepada orang tua yang kehausan tadi.
"pakcik nak ke mana cepat-cepat ni?Panas air tu pakcik."
"Pakcik tidak ke mana pun.Pakcik nak minum air panas ni cepat-cepat sebab nanti air panas ni
lama-kelamaan akan menjadi sejuk.Kalau teh tarik sejuk seringgit jadi pakcik ada 70 sen sahaja.Sebab tu pakcik minum cepat-cepat takut air ni menjadi sejuk.

Taukeh pun terpinga-pinga dek akan pemikiran si tua yang miskin dan nyanyok itu.




kawan

Kawan.
Apa pendapat anda tentang kawan anda?
Ada yang berperangai baik,buruk atau baik dan buruk.
Faham kan maksud aku baik dan buruk?
Kadang-kalanya baik kadang-kalanya buruk.

Bak kata budak-budak aku perangai macam 'palat'

Aku hangguk kepala tanda setuju.
Kadang-kalanya kita jugak berperangai hodoh apabila tidak sedar ataupun sedar.

Kawan.
Kasih sayang dengan kawan lebih daripada ibu bapa,adik-beradik,sedara mara,pakcik mak cik
opah datuk kau.

Anda setuju?
Betul tak apa yang aku katakan ini?

Betul la wahai para pembaca.
Kisah kau semua ,pengalaman kau
'fly' sekolah,masalah kau dengan orang luar,
kau gaduh sana sini,kisah bf/gf kau, dan macam-macam lah
malas aku nak tulis.faham kan?

Semua masalah kau cerita dengan 'member' kau
Walhal mak bapak kau yang besarkan kau
Itulah hakikatnya.Penting sangatkan ada kawan.









berubah lah

Apabila kau cuba yang terbaik tetapi tidak berjaya
Apabila kau mendapatkan apa yang kau inginkan, tetapi tidak apa yang kau perlukan
Apabila kau berasa sangat lelah tetapi kau tidak boleh tidur

Dan air mata mengalir di wajah
Apabila kehilangan sesuatu yang tidak dapat menggantikan
Bila kau mencintai seseorang tetapi hanya sia-sia
Mungkinkah lebih buruk?baru menyesal?

Cahaya beri panduan
Dan menyalakan hidup
Dan orang sekeliling akan cuba untuk memperbaiki

Dan tinggi di atas bumi atau di bawah
Tapi jika kau tidak pernah cuba kau takkan pernah tahu
Hanya apa yang kau layak

Aku berjanji akan belajar dari kesalahan
kesalahan kadang kala kita sedar tetapi terus
untuk melakukannya

Susah beb nak orang ikut selera kita dan
susah juga kita nak ikut selera orang.
Boleh masuk tak ayat aku dua baris yang atas ni dalam tema SATU MALAYSIA?



Selasa, 13 April 2010

mentaliti sebenarnya

Haaa selepas satu masalah,ada lagi masalah lain timbul.Masalah tidak kisah kecil atau besar dan yang paling teruk datang dari kesilapan bodoh diri sendiri.Aku pun tidak faham mengapa ini berlaku.Dah memang lumrah manusia ke?memang sengaja cari pasal ke nak timbulkan masalah?

Yee aku mengaku mentaliti seseorang itulah puncanya.Dari kecil di ajar begitu.Dari kecil dicorak bagaimana dia berfikir bagaimana dia bertindak dan bagaimana dia berhadapan dengan orang ramai.Aku jua begitu.Boleh ubah tak mentaliti orang ?BOLEH KE TAK ! dah kalau sekeras batuu macam mana nak ubah ??!

Jumaat, 9 April 2010

awal bulan April


Yaa rupa-rupanya dah masuk bulan April dan kehangatan bulan April di sambut oleh benda bodoh iaituApil Fool lahh apa lagi.Kali ini aku juga yang terkena dek kerana dah masuk bulan April.Nak dengar cerita tak?Eh tak perlu la ye.

Hari demi hari setelah bulan April menjelma,aku di sini sihat walafiat sahaja.Tentang pelajaran pula kami terlalu sibuk untuk bulan ini di mana kami diberi pelbagai tugas dan secara langsung kami menambah pelbagai ilmu pengetahuan.

Mengenai pasukan kegemaran aku pula,Arsenal hanya 'singgah' di suku akhir Liga Juara-juara sahaja,Dah MEMANG macam tu kan.Apa boleh buat bertemu pasukan juara bertahan Barcelona pula kan,dengan Messi menjaringkan 4 gol.Sukar untukku telan Ecehhhh !

Semi Final UEFA CH.League

lyon-bayern , inter-barcelona

Cerita lain pula,Ya dalam hati manusia,ada yang tak puas hati,orang tu lebih sikit tak boleh ,dengki lah kan,manusia yang berfikiran negatif juga,macam-macam dia 'argue' beb sakit telinga HAHA yang ini semua aku tak perlu cerita la nanti orang kata mengumpat pula kan.

Khamis, 1 April 2010

selamat tinggal march,selamat datang april

March,
bulan yang mengembirakan aku.tiada yang menyakitkan.
Aku berjaya untuk bulan ini.Walaupun secara halusnya ada juga perkara remeh yang berlaku,
aku tetap berjaya mengharungi bulan ini dengan baik

April tiba,
Aku ingin melakukan sesuatu yang terbaik,pada dasarnya kadang-kadang kita hanya bercakap saja,kali ini
aku akan berubah,berubah ke arah yang lebih baik.

Eh azam tahun baru lalu macam mana hah?