Rabu, 29 September 2010

Apa ada hal?

haih.
dahiku berkerut.
Dek kerana terlalu banyak tugasan yang perlu disiapkan.
Namun aku berasa seronok bekerja untuknya.
*Gaya menyejukkan hati.

Seperti kata orang yang biasa kita selalu dengar.

"oh tidak apa dah tiada rezeki nak buat macam mana"

"Kalah menang adat pertandingan"

"Dah nak buat macam mana kau dah cuba yang terbaik "

Paling sakit hati yang ini.

"Cuba tahun depan,cuba lain kali"

Aku tahu semua ayat itu hanyalah 'support' semata-mata.
Hanya diri sendiri sahaja yang berjaya mengawal perasaan kecewa atau runsing memikirkan perkara yang perlu diselesaikan pada masa akan datang.

Runsing memikirkan.

"buat yang terbaik saat ini dan jangan terlalu memikirkan masa hadapan dan ke belakang"

Pegangan aku yang tidak selalunya aku guna.





Sabtu, 18 September 2010

apa yang terjadi?

Selalunya aku tidak begini.
Terlalu menyimpan dan kedekut.
Tiada apa yang ingin dikejarkan.

Tetapi.

Ada sesuatu yang aku perlu capai walhal hati ini tidak tahu apa benda itu.
Aku bingung dan letih.
Terlalu lemah.

Sehinggakan aku telah menjadi orang lain.
Menipu diri sendiri untuk kebahagiaan orang lain.
Supaya mereka nampak bahagia dan gembira walhal aku entah bagaimana.

Nampak agak berkias sedikit bukan?

Sebenarnya duit aku dah mengalir macam air.
Terlalu terdesak ingin berjumpa bersua dengan rakan dan sahabat baik.
Maklumlah orang belajar jauh.
Tidak lama lagi aku akan meninggalkan halaman sendiri di mana sejak kecil lagi
aku merangkak menempuh ranjau yang bersimpang-siur ini.

Aku tidak kisah dan tidak peduli apa yang aku lakukan kerana aku menganggap aku sahaja yang betul.

Pedulilahhhhhhhhhhhh !

Khamis, 9 September 2010

Selamat Hari Raya


Terlalu cepat masa berlalu.
Macam baru semalam sahaja tahun baru.

Pelbagai perkara telah aku lalui sehingga kini dengan agak baik
dan tetapi ada juga sesetengah perkara yang kurang memuaskan.

Tidak keruan.

Hari jumaat bertarikh 10 September 2010 bakal menjadi hari yang bersejarah untuk semua umat Islam.
Hari kejayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berjuang untuk berpuasa daripada makan dan minum di siang hari.

Di sini aku ingin memohon ampun atas segala dosa,silap dan salah terlanjur kata dan perlakuan yang menyinggung perasaan anda semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh Muslim dan Muslimat!

Salam Lebaran

Selasa, 7 September 2010

Koleksi gambar kereta-kereta pilihanku

MR2
Corrona
NSX


Celica

KE 70
Levin
EG Hatchback
EK 4 hatchback
Maafkan segala dosaku ;(

Tiada yang kisah

Tidak sering berlaku.
kadangkala perlu bertindak kejam untuk kepentingan diri sendiri.
Untuk hati sendiri dan jiwa sendiri.

Melepasi takuk lama.
Takuk lama yang dianggap sebagai menyakitkan hati dan tidak kena dengan jiwa kita.
Aku tidak pernah menyesal untuk bertindak dengan kejam.

Ahad, 5 September 2010

Anda perlu setuju

Semua orang tidak sempurna.

Setuju?

Semua orang pernah melakukan kesilapan.

Setuju?

Semua orang pernah melakukan kesilapan yang sama.
Tetapi melalui kesilapan itu dia belajar sesuatu.
Walaupun kesilapan yang dilakukannya itu berulang kali dibuat.

Ini dinamakan proses hidup.

Dan kesilapan ini boleh diubah takdirnya atas individu itu sendiri.
Dan yang paling penting tuhan yang maha kuasa yang menentukannya.
Setuju?

Aku juga mempunyai banyak kesilapan.

Sempena Hari Raya yang bakal tiba ini aku ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf kepada anda semua dan diharap agar hubungan persaudaraan kita kekal hingga akhirnya.

Jumaat, 3 September 2010

Selamat tiba

One Borneo
Alhamdulillah.

Selamat tiba juga di rumah.
Setelah sekian lama meninggalkannya semata-mata mencari ilmu.
keadaan begitu teratur dari pagi sehingga malam.

Dari awal pagi lagi siap mengemas barang untuk dibawa pulang.
Petang tiba di Kota Kinabalu untuk bersiap sedia berlepas ke Kuala Lumpur
di samping itu sempat juga aku menonton wayang.
Cerita bertajuk "King Of Fighter".

Entah apa-apa cerita itu.

Oh apa-apa pun aku sudah berada di rumah yang sebelum ini sudah aku tunggu pada detik ini.
Diharap nikmat yang diberikan ini tidak aku sia-siakan.

Seperti malam menunggu siang,siang menunggu malam.

Akan ku atur setiap langkahku di sini dengan baik.

Insyaallah



Khamis, 2 September 2010

Biar


Jangan.

Jangan tanya mengapa aku jadi begini.
Jawapannya terletak pada diri kau.
Aku tidak mahu sesuatu yang sia-sia.
Tiada penghujungnya tiada akhirnya.

Aku tidak mahu sesuatu yang nyata tetapi hanyalah sebuah mimpi semata-mata.
Buat apa mahu menipu dan terus tertipu.

Sesuatu yang tidak pasti.
Adakah betul-betul mahu ataupun tidak?

Jawapannya terletak pada kau.

Pada kau wahai manusia.

Perlukah terus begini ataupun teruskannya?
Hati sendiri siapa yang tahu.

Jujur dan berikan petandanya.

Dunia oh dunia arghh terlalu rumit bagi diriku untuk laluinya.








Bonda


Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi

Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu

Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu

Rabu, 1 September 2010

Dunia



Tiada apa yang ingin ditulis atau dicatat di sini.
Aku berasa kosong ketika ini.
Tiada siapa yang peduli.

Manusia kini.

Hati dan perasaan asyik dibuai oleh alam maya yang mengasyikkan.
Hebat betul alam ini.

Permainan duniawi kini begitu hebat.
Tiada keimanan yang tinggi mereka akan jatuh.

Terus jatuh dibuai mimpi indah dan angan-angan kosong.

Apa yang dikejar ialah konsert-konsert hiburan permainan mereka.
Orang barat yang menjadi pengarahnya manakala kita menjadi pelakonnya.

Tiada hati pada agama.
Tiada keinginan langsung untuk berbicara tentang Islam.

Aku tak nafikan aku juga begitu.

Lemah dan berdosa.