Sabtu, 11 Jun 2011

pegang tidak semestinya kuasai@miliki

Macam - macam kita belajar dalam dunia ni.
Nyata dan tidak nyata tetapi tidak sama rata.
Apa yang kita belajar melalui pembelajaran di sekolah mahupun kolej,
atau nak nampak gah sikit di universiti terutamanya kita belajar tentang bidang yang kita ceburi.

Sama ada teori sahaja ataupun praktikal.
Kita nampak benda itu, nampak apa yang kita belajar.
Guru di hadapan mengajar dan kita mendengar apa yang disampaikan tentang subjek yang menjadi topik pada hari itu.
Teori - teori yang dihasilkan oleh orang - orang dahulu yang cuba mempengaruhi mentaliti kita untuk ikut dengan cara mereka supaya ia dijadikan kepercayaan atau kita ikut cara mereka berfikir.

Tetapi masih banyak perkara yang kita tidak akan jumpa di sana ataupun di sekolah, kolej dan universiti.

Ilmu ghaib ini harus diajar melalui kehidupan dan masalah.
Dalam erti kata lain iaitu pengalaman.
Apa yang aku maksudkan ilmu ghaib ialah ilmu yang perlu dipelajari melalui pengalaman dalam hidup kita.
Bagaimana kita lalui masalah itu dan bagaimana cara kita berfikir dan cara kita bertindak.
Pantang larang dan budaya yang menjadi amalan kita harus dititikberatkan.
Paling penting iaitu unsur agama yang kita miliki.
Apakah sesuatu perkara yang berlaku itu merupakan salah satu punca hubungan kita dengan yang maha esa.

Itu terserah kepada individu ataupun hamba yang merupakan makhluk ciptaanNya.
Bagaimana manusia itu berfikir dan tahap ketaatan kepadaNya.

Contoh,

Jailani merupakan seorang remaja lelaki yang berumur 17 tahun.
Dia pelajar yang bijak tetapi malas untuk berusaha akan sesuatu perkara yang tidak menjadi kegemarannya.
Pada kebiasaannya Jailani mengambil mudah akan sesuatu perkara dan hanya melakukan perkara tersebut dengan ala kadar.
Boleh diandaikan bahawa Jailani kurang mentaati perintah Allah dan kadang - kadang juga melanggar perintahNya.
Jailani diberi wang sampingan oleh bapanya sebanyak RM 300.
Jailani di saman polis bebrapa hari selepas itu atas beberapa kesalahan tertentu dan wang yang diberikan oleh bapanya habis dibayar untuk saman tersebut.
Habis sapu bersih.

Dalam erti kata lain Jailani tiada rezeki walaupun dia sudah memegang wang sebanyak Rm 300.

Selang beberapa hari Jailani berkunjung ke rumah sedaranya dan pakcik Jailani memberi wang sebagai sedekah oleh pakciknya sebanyak RM 100.
Sekali lagi Jailani cuai dan wang tersebut hilang ataupun tercicir dari poket seluarnya.
Jailani sekali lagi hilang rezeki.

Jailani memperoleh sesuatu perkara yang baru. Tidak semua manusia peroleh pengalaman itu dan cara Jailani bertindak iaitu Jailani berfikir dengan positif di mana Jailani menganggap itu bukan rezekinya malah rezeki orang lain yang diberikan oleh Allah SWT dengan cara itu.
Itu tanggapan yang dibuat oleh Jailani dan ujian secara halus itu harus dimanfaatkan oleh Jailani dengan mengambil kira tentang faktor agama yang Jailani pelajari di mana Jailani harus berpegang dan percaya akan agama yang dipelajarinya atau amalan surah - surah yang menghalang daripada kejadian buruk berlaku seperti kejadian Jailani.

Banyak pendapat boleh diandaikan oleh sesiapa sahaja yang membaca contoh kehidupan yang mungkin tidak akan kita miliki sewaktu sesi pembelajaran di sekolah tetapi kita alaminya melalui kehidupan harian kita.

Banyak andaian boleh dibuat antaranya

"Mungkin perkara yang dilalui Jailani hanyalah kebetulan "

"Allah SWT menutup pintu rezeki Jailani akan sebab-sebab Jailani melanggari perintahNya atau tidak mentaatiNya"

"Allah SWT sengaja menguji keimanan Jailani dengan perkara sebegini dan ingin melihat apa reaksi Jailani seterusnya walaupun sudah dua kali berturut - turut Jailani tidak dapat merasai wang pemberian ahli keluarganya "

Macam - macam andaian. Anda sebagai pembaca juga berhak membuat andaian mengikut kemahiran berfikir yang anda miliki dan andaian anda mungkin berlainan daripada saya.

Hulurkan andaian anda di bawah dan kita boleh berbincang mengenainya.

Coretan yang tidak sempurna di atas adalah seratus peratus hasil pengalaman dan bual sembang antara orang persekitaran saya.

Dan ini kisah benar cuma gelaran Jailani sahaja yang bertukar.
Habis cerita.