Selasa, 29 Mei 2012

malam

Malam. Aku mampu menangis. Menangis dengan sendiri. Dengan tiba - tiba.
Bila muncul seribu kisah yang melintas mata.

Malam. Bilaku pandang semalam. Menoleh ke belakang dalam keadaan aku berjaya melangkah ke hadapan tetapi bila aku pandang semalam, aku sepenuhnya gagal. Masih gagal.

Aku gagal menangani diriku. Dikawal emosi yang mencengkam. 
Terserlah diri kau yang sebenar apabila keseorangan. Tiada siapa - siapa yang melihat.
Kau hamburkan perasaan melalui tangisan. kau sungguh kesal. Ingin sungguh berpatah balik namun tidak mampu.

Dan malam jika kau dapat bicara, Apakah maksud perasaan ini?
Yang mengangkat imaginasi aku. ibarat menggenggam pasir dan melepaskannya perlahan - lahan.

Selasa, 22 Mei 2012

Aku yang letih

Aku ketinggalan dibelakang mengejar waktu terkini. Waktu terkini dihiasi berita baru yang melangkah ke depan.

Dengan angkuhnya.

Berbeza dengan ruang aku yang lesu dengan cerita lama.  Kosong bak kata Najwa Youtube.

Aku tidak selesa untuk berbicara ketika ini di saat tertib menghadapi ujian peperiksaan. Atau sinonim digelar 'exam' oleh para siswa dan siswi. Sinonim dengan  harapan kosong iaitu dekan.

Puas bercumbu dengan buku sebagai penghantar maklumat utama. Internet sebagai sumber kedua. Dan pensyarah sebagai pembimbing yang mempunyai  'kunci jawapan ' soalan peperiksaan.

Baru hari kedua peperiksaan.  aku  letih.

Ingin sesekali tidur dengan lena di dalam buaian bawah pohon kelapa di persisiran pantai. Dipukul angin laut sambil menikmati pelam muda dicicah dengan kuah rojak Makbee.

Teringin.


Ahad, 20 Mei 2012

muncul kembali

Masih bernafas.  Julai, September, Oktober, November, Disember. Dalam tahun 2011.
Januari, Februari, March , April, Mei untuk tahun 2012.


Berapa bulan semuanya? 10 bulan. Hampir genap setahun aku tidak menulis di sini.
Ruang yang tiada guru pemeriksa mahupun penggubah soalan. Sebagaimana peperiksaan SPM 2008 yang aku duduki ketika dulu. Akulah pencetus persoalan dan penggubah skema jawapan di sini.


Ada peristiwa yang membuatkan aku ingin berluahan di sini semula.
Ceritanya begini...


Aku tegur mamat ni dekat Twitter. Entah apa yang aku tweet dekat dia pun aku dah lupa. Lepas tu dia balas " tapi takdelah macam ayat blog kau kan zaim hehe " 


Aku  gelak baca tweet dia lalu aku pun 'new tab' 'then' google blog aku sendiri. Lupa 'username' dan 'password.'
Sungguh sedih. Beberapa kali cuba mengisi ruang kata - kata laluan blog akhirnya dapat 'sign in' juga blog ni. Alhamdulillah. 


Seperti manusia lain yang sentiasa mengejar ilmu dunia, tiada ruang untukku menulis di sini. Jadual terlalu rapat sehinggakan waktu cuti turut terikat dengan kelas. Terikat dengan bidang perguruan dan pendidikan. Masing - masing mengejar masa untuk menjadi seorang guru yang sejati. Yang mampu mencipta produk unik untuk masa yang akan datang. Tetapi mereka lupa untuk mencari  erti sebenar kehidupan atau membentuk nilai jati diri dalam diri manusia. Aku gagal setakat ini. Mungkin belum sampai waktunya.


Masih terfikir apakah perkataan dan ayat yang sesuai untukku lari daripada terus menulis di sini.
Kesimpulannya? Tuntasnya? Akhir kalam? oh tidak. bukan.


Aku sibuk dengan hal dunia yang lain. Boleh dekat denganku di Twitter - @zaimazhr dan facebook zaimadzim@gmail.com. OKBYE. Mudahkan?