Khamis, 12 Julai 2012

tak percaya diri




Hm bagaimana nak terjemahkan perasaan aku dekat sini?

Kisahnya seperti di atas. Gambaran awal tentang apa yang aku ingin sampaikan. Mohon tatap gambar di atas terlebih dahulu sebelum bergerak lebih jauh mengejar isi di bawah.

Begini. 
Manusia secara majoriti mampu untuk mempercayai diri sendiri. Ada juga segelintir yang tidak mampu untuk percaya pada diri. Seperti aku.

Aku tidak mampu percaya pada diri sendiri. Aku tak boleh nak percaya yang aku mampu tinggalkan rokok.
Bagaimana aku tinggalkan tabiat tu? Bagaimana aku dapat lupakan rokok? 
Kuasa Allah. Kita ikhtiar kita tawakal. Hanya Dia yang bekerja untuk tentukan kita. Aku bersyukur.

Dan lantas perkara ini membuatkan aku tidak percaya pada diri bagaimana aku berjaya tinggalkan rokok. Betul kan?

Dah sebulan lebih aku berjaya tinggalkan rokok. Mohon kawan - kawan beri sokongan.
Sekian.

Sabtu, 7 Julai 2012

garisan penamat

Jujur aku katakan aku tidak yakin untuk berdiri sendiri. Ikhlas aku katakan aku terlalu takut untuk bangun pada esok pagi. Lemah !

Bukan terdesak untuk mencari kesempurnaan hidup tetapi biarlah diri ini merasai nilai kehidupan sebenar.
Biar sederhana jangan terlalu sempurna.

Dalam pelbagai bidang, dalam pelbagai ruang yang aku miliki, aku sentiasa memandang ke arah 'garisan penamat' sesuatu perkara, kerja , dan bidang yang aku lakukan. Dalam sesuatu kerja, aku ingin cepat selesaikan kerja tersebut tanpa hayati langkah demi langkah bagaimana perkara itu menjadi lengkap pada akhirnya.

Aku terlalu memandang ke arah penghabisan cerita  atau dalam monolog dalaman aku berkata begini,

"biarlah asalkan benda yang aku buat ni siap" 
"janji aku buat benda ni dan paling penting benda ni siap"

Sebagai contoh sebuah  lukisan potret tanpa lakaran dan jawapan kepada soalan matematik tanpa jalan pengiraannya. Hanya fokus kepada pengakhirannya tanpa meniti satu demi satu mutiara yang tersembunyi di dalam perjalanan sesuatu perkara  tersebut.

Itulah aku.

Ahad, 1 Julai 2012

undurlah sikit.

Hidup tidak semestinya ke hadapan. Tidak semestinya melangkah ke hadapan secara terus - menerus dan tanpa henti.
Kadang - kala kita perlu ambil sedikit masa untuk toleh ke belakang. Ambil sedikit masa untuk undurkan langkah ke belakang.

Sekadar untuk mengintai kenangan lalu, mencuri pandangan pengalaman lepas untuk menginspirasikan kata laluan "Anjakan Paradigma "


Memanglah orang tua dok selalu kata " Barang yang lepas jangan dikenang " tapi...


Begini.

Cuba selak semula album lama anda, semak semula gambar lama yang mungkin usianya lima tahun atau sepuluh tahun yang lalu. Cuba lihat wajah dan perwatakan anda.
Kelakar? ketawa ? dalam sepuluh gambar mungkin salah satu gambar tersebut anda akan bermonolog seperti


"eeeee buruknya aku dalam gambar ni malu malu malu ! selak gambar lain weh ! "


Dari situ anda  berasa sesuatu yang perlu diubah. Penampilan, perwatakan positif dan mana - mana yang berkaitan. Mungkin anda perlu lebih berketrampilan dalam segala hal. Bukan bermaksud untuk mengubah diri anda yang sebenar tetapi berubah ke arah positif dan menjadi insan yang lebih baik.

Contoh lagi. tak cukup dengan satu.

Seorang remaja tergesa - gesa mengejar bas untuk ke sekolah. Dia hanya membawa wang tambang menaiki bas sahaja dan yang paling utama dia dari keluarga yang miskin. Secara tiba - tiba syilingnya terjatuh. Jika dia terus mengejar bas tersebut tanpa mengambil kembali syilingnya dia tetap tidak akan dapat menaiki bas ke sekolah kerana konduktor bas tidak membenarkan penumpang untuk menaiki bas tanpa membayar tambang.

nampak tak permainan dia macam mana?