Sabtu, 7 Julai 2012

garisan penamat

Jujur aku katakan aku tidak yakin untuk berdiri sendiri. Ikhlas aku katakan aku terlalu takut untuk bangun pada esok pagi. Lemah !

Bukan terdesak untuk mencari kesempurnaan hidup tetapi biarlah diri ini merasai nilai kehidupan sebenar.
Biar sederhana jangan terlalu sempurna.

Dalam pelbagai bidang, dalam pelbagai ruang yang aku miliki, aku sentiasa memandang ke arah 'garisan penamat' sesuatu perkara, kerja , dan bidang yang aku lakukan. Dalam sesuatu kerja, aku ingin cepat selesaikan kerja tersebut tanpa hayati langkah demi langkah bagaimana perkara itu menjadi lengkap pada akhirnya.

Aku terlalu memandang ke arah penghabisan cerita  atau dalam monolog dalaman aku berkata begini,

"biarlah asalkan benda yang aku buat ni siap" 
"janji aku buat benda ni dan paling penting benda ni siap"

Sebagai contoh sebuah  lukisan potret tanpa lakaran dan jawapan kepada soalan matematik tanpa jalan pengiraannya. Hanya fokus kepada pengakhirannya tanpa meniti satu demi satu mutiara yang tersembunyi di dalam perjalanan sesuatu perkara  tersebut.

Itulah aku.

Tiada ulasan: