Sabtu, 11 Ogos 2012

perasan dan sedar

Macam biasa.

Masih mencari rentak sebenar kehidupan sebagai seorang manusia tamadun moden ini.
Masih lagi mengemaskini gajet terkini di mana gajet  popular yang dikejar oleh orang kebanyakan masa kini.
Tidak semua yang memiliki tetapi mungkin majoriti.

Tak nak kalah.

Kita sedar teknologi dunia sudah semakin canggih. Kita kata teknologi makin canggih sebab kita makin terleka dengan dunia.
Tidak semua yang setuju. Bukan majoriti.

Kalau dulu belajar subjek Sains ada soalan hipotis.
Hipotisnya, Semakin canggih teknologi semakin kita leka.

Ada juga manusia yang sedar diri mereka terleka tetapi terus menghanyutkan diri entah ke mana.

 masa dan waktu berputar semakin ligat.
Sehinggakan anda yang membuat persoalan dan pertanyaan,
 " kita yang lewat atau masa yang semakin cepat?"

Teknologi kita canggih tetapi kita tak mampu nak cipta mesin masa.
Manusia masih kerdil dan lemah.

Renungkan.


Khamis, 9 Ogos 2012

Terus gagal.

Sukar untuk aku ungkapkan perasaan yang terus dibelenggu peristiwa silam dan kenangan lama yang menghimpit ruang minda ini. Aku sering berimaginasi dikala aku berada dalam situasi sunyi.

Masih belum jumpa penuetralisasi kepahitan ini.

Aku terus gagal mencari di mana caranya untuk aku lenyapkan perasaan ini. Biar perlahan - perlahan asalkan perasaan ini lenyap selamanya tetapi aku gagal.

Kenapa aku gagal ?!

Aku sibuk dengan hal yang tiada apa - apa. Mencari perkara yang tidak pasti. Menimbulkan persoalan sendiri, persoalan yang langsung tidak membina semangatku untuk mencari diri yang sebenar.
Lebih cenderung untuk kecil hati , terasa hati dalam keadaan aku beremosi. Aku sentiasa beremosi kebelakangan ini.

Ingin rasanya aku memohon kepada Dia, memohon supaya hilangkan perasaan berkecamuk ini. Sekali lagi berimaginasi  jika aku bangun esok pagi, tolong kosongkan fikiranku dengan memori lama. Tolong padam jangan tinggal walau sedikit pun.

Ya Allah dengarlah rintihan hambaMu ini.
InsyaAllah.

Sabtu, 4 Ogos 2012

lukisan

Kali ini aku tidak mampu untuk menghurai sesebuah topik dengan perkataan lagi. Dengan kemahiran penulisan yang aku ada. 
Aku tidak berdaya mengeluarkan idea yang baik malah menjadi pencetus kepada semangat positif yang baru.
Yang aku mampu hanyalah melahirkan sebuah lukisan. Lukisan yang mempunyai gambaran tersendiri.

Dan mencetuskan persepsi setiap individu yang melihatnya. Bagi aku, setiap individu memiliki persepsi yang berbeza.




Lukisan, sajak , dan lagu merupakan tiga perkara yang berbeza. 
Tetapi hanya satu tujuan yang sama iaitu,


Ruang  individu menyampaikan perasaan.