Selasa, 20 April 2010

teh tarik

seorang lelaki tua yang nyanyok dan miskin.
berjalan ke sana ke sini tiada arah tuju.
Duit ada tetapi beberapa sen sahaja.

Dia berasa kehausan setelah penat berjalan.
Ketika berjalan tanpa arah, kebetulan pula ada sebuah warung yang berhampiran di tepi jalan.

takkan warung tengah jalan plak kan

Orang tua tadi pun singgah sebentar di warung berdekatan untuk menghilangkan dahaga
Dia bertanya kepada taukeh warung berkenaan.
"teh tarik panas berapa ringgit?teh tarik sejuk?
Taukeh pun jawablah teh tarik panas 70 sen dan teh tarik sejuk pula seringgit.

Kebetulan orang tua miskin yang aku ceritakan ini ada 70 sen lalu dia
memesan teh tarik panas.

Teh tarik sedap tu beb.Nak sikit boleh pakcik?kata aku lahh

Orang tua yang kehausan tanpa berlengah lagi terus minum teh tarik panas itu dengan cepat.
Panas beb teh tarik tu.
Taukeh warung heran kenapa begitu cepat si tua miskin ni minum air panas.
Taukeh warung tanpa ragu-ragu bertanya kepada orang tua yang kehausan tadi.
"pakcik nak ke mana cepat-cepat ni?Panas air tu pakcik."
"Pakcik tidak ke mana pun.Pakcik nak minum air panas ni cepat-cepat sebab nanti air panas ni
lama-kelamaan akan menjadi sejuk.Kalau teh tarik sejuk seringgit jadi pakcik ada 70 sen sahaja.Sebab tu pakcik minum cepat-cepat takut air ni menjadi sejuk.

Taukeh pun terpinga-pinga dek akan pemikiran si tua yang miskin dan nyanyok itu.




Tiada ulasan: