Selasa, 30 November 2010

terkini tak hangat

Mak aih.Lamanya blog ni tak diusik walhal ramai yang lalu lalang di sini.
Tak pelik dan tak juga curiga sebab penghuni blog ni sedang bercuti.

Okay okay dah cukup.

Aku yang belajar di perantauan cukup sibuk kebelakangan ini.Sibuk dengan orang di sekeliling aku.
Jenguk rakan-rakan terdekat bertanyakan khabar berita menjadi inti dalam rutin cuti aku.
Cerita menarik dan panas menjadi agenda utama.Topik perbualan seiring dengan arus kehidupan remaja kami di samping mengimbau kembali kenangan lama walaupun sudah beberapa kali dijadikan sebagai topik perbincangan setiap kali kami melepak.

Cuba korang teka apa yang aku kejarkan dalam benak fikiran aku sekarang ni?

okay tak payah nak main teka teki sebab aku tiada 50 sen nak bagi korang semua.
Dah habis sen dah !
Aku sebenarnya ingin mencari inti untuk dijadikan detik manis saat aku berada di sini bersama kawan baik dan juga keluarga.Ketika berada di Sabah aku harapkan saat ini.

Sungguh mengharap.

Bayangkan waktu yang ada cukup sukar untuk dikejar tambahan pula aku jarang pulang ke rumah dan banyak habiskan masa di Sabah.
Kawan di merata tempat dan bermacam-macam agenda yang kami rancangkan.
Aku terpaksa berhempas-pulas untuk meluangkan masa lapang bersama mereka.
Ikutkan hati nak saja aku membelah diri kepada dua bahagian asalkan sejuta senyuman terukir di bibir mereka.Aku rindukan mereka dan begitu juga mereka terhadap aku.

*mintak-mintak mereka juga sama sepertiku :)

Saat ini soal duit aku tidak pedulikan lagi asalkan apa yang aku kejar tercapai.
Aku catat entri ini bukan untuk mengadu tentang apa-apa atau sebarang luahan hati yang pedih tetapi aku berasa sungguh puas.
Puas dengan aliran kehidupan aku ketika cuti ini.

Aku mampu mengawal waktu di mana setiap manusia mempunyai 24 jam sehari.
Aku mampu membahagikan waktu itu sama rata kepada orang sekeliling.
Ini bukan paksaan tetapi dengan rela hati sendiri.
Aku puas kerana minda aku sentiasa terbuka disebabkan perbincangan yang menarik di antara mereka.
Bermacam-macam cerita bermacam-macam ragam yang ditonjolkan.
Daripada perbincangan itu aku kutip beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan yang akan datang.
Aku jangkakan mesti ada di antara pembaca entri ini yang ingin mempersoalkan sesuatu.

Sudah semestinya.Jika ada tolong tinggalkan komen di bawah ya.

Baru-baru ini aku mendapat pengalaman baru iaitu menonton teater.
Terima kasih kepada Ayep(kawan baik) kerana sudi mengajak aku untuk menonton bersamanya di Istana Budaya.
Seumur hidup tidak pernah tonton teater babe !
Sejarah tercipta semalam apabila aku menonton teater bertajuk Natrah dan cerita itu memberi pelbagai makna.Aku juga kagum akan bakat-bakat artis Malaysia yang mampu memberikan persembahan bertenaga untuk jayakan teater tersebut dan aku juga berfikir sejenak jika aku berada di tempat mereka untuk hidupkan suasana cerita tersebut.

*Perenggan di atas tiada langsung kena-mengena dengan promosi teater tersebut ataupun pengarah teater memberi wang suapan kepada aku tetapi dengan hati yang ikhlas aku mengatakan teater Natrah ini berjaya

NATRAH 2

Aku lewat pulang ke rumah setelah menonton teater Natrah dan setelah itu aku keluar pula menonton perlawanan bola sepak di antara pasukan Barcelona - Real Madrid bersama rakan yang lain dalam keadaan badan letih dan mengantuk.
Ketika aku pulang ke rumah pada pukul 6.00 pagi setelah selesai menonton perlawanan bola sepak,seorang pak cik tua berbangsa Cina bersedia untuk menjual surat khabarnya di kaki jalan.
Bukan bermaksud aku berasa Dejavu tetapi hati aku agak tertarik.

Mungkin bagi anda perkara ini sudah menjadi perkara biasa tetapi bagi aku entah kenapa aku berasa janggal dan segan apabila aku melihat seorang pak cik tua berbangsa Cina menyusun mejanya untuk menjual surat khabar seawal jam 6 pagi.

P/S : Tolong bagi respon untuk perasaan yang segan dan janggal ini

4 ulasan:

Muhammmad Zaim berkata...

betul tu anz.teater dia mcm tu la

A berkata...

thanks untuk DEJAVU. hahaha

Tanpa Nama berkata...

blog awk sgt interesting , ayat awk sgt bombastic hehe :D teruskan :D

Muhammmad Zaim berkata...

haha ayep !

haha jangan puji melebih :D
perlu ada pembaca juga walaupun bahasa indah mcm mana pun :)