Jumaat, 23 Julai 2010

Laporan Pesta Bola Merdeka 2010



LAPORAN PESTA BOLA MERDEKA 2010

Pertandingan bola sepak anjuran Jabatan Pendidikan Jasmani Institut Pendidikan Guru Kent dengan kerjasama pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani Semester 3 telah berlangsung dengan jayanya pada tarikh 17 dan 18 Julai 2010.Pertandingan bola sepak ini dikenali Pesta Bola Merdeka disertai oleh enam pasukan dari pelbagai unit.

Hari pertama kejohanan menyaksikan enam pasukan berentap dalam peringkat kumpulan.Enam pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan.Juara dan naib juara kumpulan pula berentap pada hari kedua kejohanan iaitu di peringkat separuh akhir.Pasukan penganjur iaitu pasukan Kent Troopers menjadi juara kumpulan A manakala pasukan HD United iaitu pasukan gabungan pelajar pelajar PISMP Pra , Pen. Jasmani , Bahasa Arab dan PSV muncul naib juara kumpulan A.

Pasukan Wakawaka iaitu pasukan gabungan pelajar PISMP Bahasa Melayu ,Matematik dan Sains muncul juara kumpulan B dan pasukan Bosko iaitu gabungan pelajar PPISMP Sains,Pendidikan Islam ,Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu muncul naib juara kumpulan B.

Separuh akhir pertama menyaksikan pasukan Kent Troopers menundukkan pasukan Bosko dengan jariangan 5-2 manakala pertembungan separuh akhir kedua menyaksikan pasukan HD United mengalahkan pasukan Wakawaka dengan jaringan 3-2.

Perlawanan akhir menyaksikan pasukan Kent Troopers memenangi perlawanan akhir dengan kemenangan penalti iaitu 5-4 dan dukacita dimaklumkan bahawa dua orang pemain telah cedera teruk dalam kejohanan tersebut.

Kejohanan ini telah memberi beberapa kebaikan dan faedah kepada kita semua antaranya pihak penganjur dapat belajar bagaimana cara untuk menguruskan sesuatu pertandingan dengan lebih baik dan terancang dan selain itu yang diutamakan ialah dapat menyatupadukan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar dan seterusnya mencungkil bakat baru dalam kalangan mereka.

Seterusnya kami sebagai pihak penganjur dapati bahawa ada beberapa faktor yang perlu dibaiki antaranya ialah cara menarik minat peserta supaya pertandingan bola sepak ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan seterusnya kami perlu melipat gandakan usaha untuk menjadikan acara bola sepak ini supaya lebih berprestij dan menjadi tumpuan kepada semua pelajar institut.

Laporan disediakan oleh :

Muhammad Zaim Azhar

PPISMP PJ Ambilan Julai 2009

Tiada ulasan: