Isnin, 24 Januari 2011

Kongsi

sibuk dengan belajar punya pasal mana sempat nak tulis kat binatang yang dipanggil blogspot ni.
Dengar cerita dah jadi isu ada orang jadi jutawan sebab blogspot ni.kan?
Ada yang jual cerita,ada yang jual gambar dan macam-macam lagi hal kat ruang ni.
Aku pun macam tu jugak sama macam manusia lain.
Dah tak pakai diari romeo macam tahun dulu.

Sedar tak sedar dah 3 tahun aku main benda alah ni.
Aku pun taktau apa kepuasan dia.Apa yang manusia semua boleh addicted sangat dengan benda ni.

Aku ada kerja sikit untuk korang semua.
nak kongsi pendapat sebab kalau pendapat aku je tak cukup.
Nak tau jugak pendapat ataupun pemikiran hamba-hamba yang lain macam mana.

Macam ni.
Adakah benar bencana alam yang banyak menimpa dunia hari ni adalah disebabkan sikap manusia terhadap alam semula jadi atau musibah yang tak dapat dielakkan.

Ok aku dah tau macam mana nak terjemahkan jawapan untuk soalan kat atas ni.
Tapi aku nak tau jugak pendapat yang lain macam mana.Tak salah bukan kalau nak kongsi?

P/S : tak sabar nak tonton cerita KONGSI
Apa itu kongsi sebenarnya.Can't wait !

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adakah benar bencana alam yang banyak menimpa dunia hari ni adalah disebabkan sikap manusia terhadap alam semula jadi atau musibah yang tak dapat dielakkan?

pendapat cik rabbit : siapa yang menghuni dunia? of coz la manusia kan. so sape yang buat dunia kucar-kacir? mesti la manusia. manusia pulak ada 2 jenis ada baik dan buruk. mesti yang xberapa nak baik tu yang rosakkan alam kan.

musibah yang xdapat dielakkan? alam memang camtu..sekali manusia buat jahat kat alam. alam akan balas balik. cth : manusia tebang pokok. alam balas balik dengan terjadinya banjir.

* papepun ni saya pikir la. betui ke x? entahlah sbb itu yang saya pikir.hehe ;) tgur ok kalo salah ;)

GigiWangi berkata...

hello. cantik soalan. haha. ni ada kena mengena dengan tugasan ke?

kebanyakannya, memang berpunca daripada manusia sendiri. kalau kita tgk sekarang, manusia mencipta segalanya untuk memudahkan hidup, tanpa memikirkan kesan. toreh pokok sebab nak bina rumah kemain mahal-nya. dan skrg, baru kerajaan nak haramkan penggunaan beg plastik. haaa, awat tak buat dari dulu jee. mungkin skrg dah belambak sgt plastik, baru nak amik tindakan...

yer dak?

filem kongsi? lu langsi lu mati! haha

Muhammmad Zaim berkata...

cik rabbit - betul salah tuu mungkin tade sebab pendapat daripada individu masing2.just nak tau pemikiran2 lain je.lagi bernas lagi bagus kan btw thank you :)

gigiwangi - betul tuu then conclusion balik kepada manusia tu sendiri jgk kan btw thank you :)