Jumaat, 27 Ogos 2010

2.20 pagi

Aku masih celikkan mata.
Selalunya sekitar jam ini aku tidur,

Mungkin pukul 2 mungkin pukul 3,
Dan mungkin tidak tidur sehingga ke sahur.

Boleh dikatakan setiap hari begini.

Hendak juga aku tidur awal tetapi tidak boleh.
Sudah terbiasa agaknya.
Esok pagi masih lagi ada satu kelas iaitu kelas bahasa inggeris.

Hmm begini lah rutin harianku dan yang paling tepat sewaktu detik-detik ini
aku masih berjaga walaupun ramai orang telah tidur.

Minggu depan adalah minggu yang terakhir bagiku dan setelah itu aku pulang ke Malaysia.wah dalam hati begitu gembira kerana merindui semua ahli keluargaku saudara mara dan rakan-rakan.

Mulai dari hari ini dah boleh kira jam brapa lama lagi akan aku berangkat pulang.

Mata waa dah kuyu beb.Esok-esok waa cerita sama luu lagi ok.

Wasalam kepada pembaca setia ;)

Tiada ulasan: