Khamis, 26 Ogos 2010

biasalah 'last minute'

Minggu-minggu terakhir sebelum cuti hari raya,
Aku kena bertubi-tubi.

Maksudnya terlalu banyak tugasan yang diberikan dalam proses pembelajaran aku.
Terlalu banyak sehinggakan aku tidak tahu untuk mula melakukan tugasan yang mana satu.

Bukan bermaksud aku ni terlalu memilih kerja atau aku membuat terlebih dahulu tugasan yang aku suka atau minat.

Tetapi buntu.

Bagaimana hendak memulakan perkara tersebut.
Walhal sudah tiga semester aku berada di sini.

Hendak juga lunaskan niat aku untuk mulakan tugasan lebih awal tetapi tidak kesampaian.

"last minute' kerja juga lah.

Mengapa tabiat aku mesti 'last minute'?
Mungkin sebab bulan aku lahir iaitu bulan June atau Cancer?
Oh banyak sangat persoalan di situ.

Sebenarnya perkara ini atas diri sendiri tetapi aku salahkan benda bodoh yang lain.

Lemah dan gagal.

jalan penyelesaian aku setakat ini ialah kemas kini blog ini untuk hilangkan tekanan yang tak seberapa
dan bermain permainan komputer.

Macam mana? cun tak?

Tiada ulasan: