Jumaat, 6 Ogos 2010

dah kalau jodoh




Wahai pengikut pengikut setiaku.
Alhamdulillah hari ini 6 Ogos 2010 sempat juga aku mengemas kini blog ini.

Seperti biasa aku di sini menceritakan perkembangan terbaru aku.
Mungkin ada yang sudah tahu dan ada yang tidak.
Ya hari ini aku ingin berkongsi dengan anda sesuatu.

Bukan tentang kereta mahupun cokelat.

Tetapi pada hari khamis iaitu 5 Ogos aku telah berjumpa dengan seorang yang amat penting
dalam hidupku.

Dia ialah bapaku.
Kedatangan dia ke Kota Kinabalu adalah atas urusan kerja.
Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk bersua dengannya.
Lepaskan rindu.

Rakan-rakan aku juga tidak ketinggalan untuk pergi bersamaku di samping
mereka ingin membeli sesuatu di sana.

Tidak lama lagi aku akan pulang ke 'tanah air'.
Hanya sebulan sahaja lagi.

Selamat berpuasa dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan ikhlas dari Zaim.

3 ulasan:

S.t.O.r.y O.f K.h.a.i berkata...

style gambaq aku...yeahhhhhhh =)

Abdullah Arif berkata...

sumpah kalau aku nangis doh. haha. btw, member2 kau tu amek kesempatan ke pizza belanja? hahahaha ;p

Muhammmad Zaim berkata...

HAHAHA memang la khai.belom DSLR lagi hehe.
Ayep member2 aku la ni bljr skli hehe.style gmmbaq hang yep haha