Selasa, 31 Ogos 2010

Majlis berbuka puasa

Aku dan Amirul

Naim

Rickson

bakar ayam

Alhamdulillah

banyak sungguh rezeki yang melimpah ruah
Dari hari pertama berpuasa sehingga malam ke 21 setakat ini,

Aku bersyukur.

Bersyukur kepada yang maha esa kerana dapat menjalani ibadah puasa pada tahun
ini dengan baik.

Hari ini kelas kami mengadakan majlis berbuka puasa beramai-ramai.
Pelbagai juadah berbuka dihidangkan.

Sungguh meriah.

Sejak dari jam 4.30 petang lagi rakan-rakanku sudah bertungkus-lumus menyiapkan juadah berbuka.
Namun aku berada di Kota Kinabalu membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.
Tetapi aku berpeluang juga bekerjasama dengan mereka untuk menjayakan majlis jamuan berbuka tersebut.
Sungguh menyelerakan kerana juadah berbuka enak-enak belaka.

Diharapkan perkara seperti ini terus berulang pada tahun seterusnya.
Walaupun majlis hanyalah ala kadar tetapi ia sungguh bermakna.

Sekali lagi alhamdulillah.