Selasa, 24 Ogos 2010

Jarang

Jarang aku catat blog pada waktu petang.
Jarang juga aku catat blog dalam keletihan kepenatan.
Jarang aku rasa perasaan macam ini pada waktu petang.

Aku pun tidak tahu mengapa.
masih banyak yang perlu dibaiki dalam diri ini.

Mungkin terlalu banyak aku berfikir.
Kadang-kadang ke hadapan,kadang-kadang terlalu ke belakang(silam)

Aku tak pandai mengatur ayat macam A. Samad Said,
Catatan yang hadir pada petang ini ikhlas dari lubuk hatiku.

Kehidupan seperti biasa.

Setiap hari daripada pagi sehingga ke petang aku bertemu dengan muka yang sama.
Kawan-kawan sekelas denganku.

Malam pula habiskan masa di bilik siapkan kerja tugasan yang diberikan.
Sambil dengar lagu.
Entah apa-apa.

Kadang-kadang juga melayan perasaan dengan bermain permainan komputer.
Terlalu bosan.

Aku inginkan rutin yang baru.
Hanya tinggal seminggu sahaja lagi untuk pulang.
Beraya lah kita.

Sudah mula bosan dengan kehidupan di sini.
Maksud aku perlu juga ke luar atau tempat lain yang menarik untuk membuka minda.

Daripada terperosok dalam bumi Tuaran ini.

Akan kucuba.

5 ulasan:

wawa berkata...

lau na jalan2 bwk aku..hihi

˙·٠•●♥ ǷȈmɪ ♥●•٠·˙ berkata...

btoi..bOsan gle duk terperap dalam ipg..
each sem sama ja kerja..
:(

Muhammmad Zaim berkata...

haha sakit jiwa dah kan

S.t.O.r.y O.f K.h.a.i berkata...

ceh,....mingu neh kita kuar shoping la..sabaq la..ahahaa

˙·٠•●♥ ǷȈmɪ ♥●•٠·˙ berkata...

jom! shoppink!! yeah! love shopink