Rabu, 22 Disember 2010

Buntu

Aku langsung tak selak blog ni.
Banyak program banyak aksi.
Asalnya nak jugak celoteh dua tiga kerat ayat tanda aku update blog ni tapi tak menjadi jugak.
Haa hari ni baru ada masa sikit.

Aku sebenarnya taktau nak cerita apa ni.
Walhal masa aku keluar lepak,keluar berjalan - jalan, banyak topik yang timbul dalam kotak fikiran untuk aku sampaikan melalui ruang suara aku ni tapi bila dah depan laptop aku jadi buntu pula.
Macam biasa la seperti situasi apabila kita berada di rumah dan ingin ke kedai kerana terbayang - bayang sesuatu yang ingin dibeli,tetapi bila dah sampai kedai taktau nak beli apa.
Jadi buntu.

Aku pun buntu nak kongsi apa.
Sekali lagi menemui jalan buntu.

Selasa, 7 Disember 2010

percutian menarik

Aku senyum lebar hari tu.
Seronok dan puas dapat berjalan ke Teluk Kemang.
Memang betul-betul menjadi rancangan ni dan bukannya melayu.

Eh apa kaitan dengan melayu?
Ahh lupakan.

Rombongan ke sana seramai 9 orang termasuk aku.
Awalnya gua tak yakin beb rancangan ni menjadi sebab gua usha muka kawan - kawan gua macam tak yakin dan nak tak nak je untuk ke sana.
Akhirnya menjadi juga.

Malam sebelum bertolak aku bersama rakan yang lain menggeledah pasar borong berdekatan rumah kami pada pukul 1 pagi.
Hasilnya kami bawa pulang 2 ekor ayam ,13 ekor ikan kembung dan sekilo kerang.
Sebelum tu kami kutip rm5 sekepala untuk makanan yang akan dibakar di sana.

Kami bergerak dengan menaiki dua buah kereta dan perjalanan ke sana mengambil masa selama sejam setengah.
Aku berasa teruja apabila rakan - rakan yang sekepala berkelah bersama sambil menikmati suasana di tepi pantai yang tenang.
Gelagat pelancong di sana juga yang memenuhi ruang pantai Teluk Kemang dengan kehadiran aktiviti mereka yang berlainan menemani percutian kami.

Aku tidak ingin bercerita panjang tentang episod seterusnya dalam percutian ini tetapi apa yang
dapat aku sampaikan ialah melalui gambar - gambar yang sempat ditangkap di sana.


dua buah kereta untuk 9 orang
kawan aku yang gila - gila

Pakar masak

Ayam yang diperam bersama kunyit

sedia untuk dimakan



makan beramai - ramai

main bola


keletihan selepas bermain bola dan menaiki bot pisang

Aku juga turut tumbang

Langit tak selalunya cerah.
Seorang rakan gua cedera parah ketika menaiki 'banana boat' dan kami membuat keputusan untuk menghantarnya ke hospital berdekatan.
Pangkal tangannya retak dan dia dinasihatkan untuk berehat selama 2 bulan dan tempoh masa itu begitu sukar untuk dihadapi dek kerana dia seorang yang aktif bersukan.
Harapan agar cepat sembuh.

Pada awalnya kami ingin pulang sebelum waktu Maghrib tetapi disebabkan hal kecemasan ini kami pulang agak lewat sikit dan terpaksa makan malam di gerai makan berhampiran Pekan Port Dickson.
Alhamdulillah perjalanan selamat dan sampai ke rumah pada pukul 10.30 malam.

Jumaat, 3 Disember 2010

cuba faham rentak sekarang

6.47 pagi hari jumaat.
Aku lebih cenderung untuk bercerita dalam keadaan begini.
Dalam keadaan mengantuk dan penat setelah main futsal.
Walhal singgah sebentar untuk hilangkan dahaga di kedai makan tadi sudah terbayangkan katil di rumah.

Kebelakangan ini aku sering keluar untuk berinteraksi dengan orang.
Selain berada di rumah,aku juga berinteraksi dengan orang lain dengan adanya laman sosial rasmi kebanyakan manusia zaman ini iaitu FACEBOOK.
Tidak kira lah manusia jenis apa pun dari golongan kanak-kanak hinggalah warga emas turut memiliki facebook.

Jap jap dah lari topik.
Aku cerita balik pasal aku keluar berinteraksi dengan orang lain.
Dalam episod ini,aku lebih berfokus kepada di mana aku keluar dan bukan dengan siapa aku keluar untuk berinteraksi.
Okay di mana aku keluar ni merujuk kepada tempat yang aku kunjungi.
Antaranya pusat beli belah,kedai makan,taman rimba dan pada umumnya tempat awam.

Ramai manusia.Terlalu sesak dan banyak jenis ragam dan identiti yang ditayangkan.
Aku tidak hairan.Masyarakat Malaysia berbilang kaum tak pun demokrasi.
One Malaysia lah katakan.

* tiba - tiba je aku ni hehe

Tetapi.
Mesti ada tetapi.
Sedang aku berjalan di sekitar pusat beli belah tersebut,
Aku melihat sebuah keluarga yang ceria.
Keluarga kaum Melayu tu yang diketuai oleh ibunya membawa imej seorang wanita Muslim yang menutup aurat mungkin membawa anak-anaknya berjalan ataupun membeli belah.
Anak-anaknya pula dalam golongan kanak-kanak dan remaja.
Timbul tanda tanya apabila aku melihat seorang remaja perempuan mungkin anak kepada si ibu Muslim yang menutup aurat tadi dalam kelompok keluarga tersebut yang berimejkan 'bersahaja' ataupun dengan lebih tepat pakaiannya seluar pendek dan berbaju lengan pendek.

Aku menggaru kepala.
Bukan tanda kepala aku banyak kutu tetapi pelik melihat si ibu yang bercirikan seorang wanita Muslim dan anak perempuannya pula berwatakan seperti seorang artis barat yang mengenakan pakaian yang agak sesuai ketika berada di bilik rumahnya sendiri.
Terus aku bertanya kawan sebelah tentang persoalan yang timbul di atas.
Jawapan kawan sebelah berbunyi begini.

"Dah memang trend sekarang lah you,ramai dah macam ni"

Sedap bunyinya.Minda kita menyebelahi budaya barat yang terlalu bebas.
Memang dah lama negara kita merdeka dan bebas tetapi minda masyarakat kita tidak pernah berganjak untuk lebih waras.

Untuk perkara di atas mungkin dianggap remeh bagi anda untuk aku persoalkan.
Leceh bukan orang seperti aku?
Aku tak hairan kalau orang yang aku jumpa di tempat awam seperti yang aku gambarkan di atas, emak dan anaknya membuka aurat dan yang lebih tepat seperti ala-ala artis,tetapi aku hairan bagaimana seorang emak yang bercirikan wanita Muslim menutup aurat dari atas hingga ke bawah tubuhnya membiarkan anak remaja perempuannya berpakaian mencolok mata.

P/S : aku yang berfikiran cetek dan tak matang

Selasa, 30 November 2010

terkini tak hangat

Mak aih.Lamanya blog ni tak diusik walhal ramai yang lalu lalang di sini.
Tak pelik dan tak juga curiga sebab penghuni blog ni sedang bercuti.

Okay okay dah cukup.

Aku yang belajar di perantauan cukup sibuk kebelakangan ini.Sibuk dengan orang di sekeliling aku.
Jenguk rakan-rakan terdekat bertanyakan khabar berita menjadi inti dalam rutin cuti aku.
Cerita menarik dan panas menjadi agenda utama.Topik perbualan seiring dengan arus kehidupan remaja kami di samping mengimbau kembali kenangan lama walaupun sudah beberapa kali dijadikan sebagai topik perbincangan setiap kali kami melepak.

Cuba korang teka apa yang aku kejarkan dalam benak fikiran aku sekarang ni?

okay tak payah nak main teka teki sebab aku tiada 50 sen nak bagi korang semua.
Dah habis sen dah !
Aku sebenarnya ingin mencari inti untuk dijadikan detik manis saat aku berada di sini bersama kawan baik dan juga keluarga.Ketika berada di Sabah aku harapkan saat ini.

Sungguh mengharap.

Bayangkan waktu yang ada cukup sukar untuk dikejar tambahan pula aku jarang pulang ke rumah dan banyak habiskan masa di Sabah.
Kawan di merata tempat dan bermacam-macam agenda yang kami rancangkan.
Aku terpaksa berhempas-pulas untuk meluangkan masa lapang bersama mereka.
Ikutkan hati nak saja aku membelah diri kepada dua bahagian asalkan sejuta senyuman terukir di bibir mereka.Aku rindukan mereka dan begitu juga mereka terhadap aku.

*mintak-mintak mereka juga sama sepertiku :)

Saat ini soal duit aku tidak pedulikan lagi asalkan apa yang aku kejar tercapai.
Aku catat entri ini bukan untuk mengadu tentang apa-apa atau sebarang luahan hati yang pedih tetapi aku berasa sungguh puas.
Puas dengan aliran kehidupan aku ketika cuti ini.

Aku mampu mengawal waktu di mana setiap manusia mempunyai 24 jam sehari.
Aku mampu membahagikan waktu itu sama rata kepada orang sekeliling.
Ini bukan paksaan tetapi dengan rela hati sendiri.
Aku puas kerana minda aku sentiasa terbuka disebabkan perbincangan yang menarik di antara mereka.
Bermacam-macam cerita bermacam-macam ragam yang ditonjolkan.
Daripada perbincangan itu aku kutip beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan yang akan datang.
Aku jangkakan mesti ada di antara pembaca entri ini yang ingin mempersoalkan sesuatu.

Sudah semestinya.Jika ada tolong tinggalkan komen di bawah ya.

Baru-baru ini aku mendapat pengalaman baru iaitu menonton teater.
Terima kasih kepada Ayep(kawan baik) kerana sudi mengajak aku untuk menonton bersamanya di Istana Budaya.
Seumur hidup tidak pernah tonton teater babe !
Sejarah tercipta semalam apabila aku menonton teater bertajuk Natrah dan cerita itu memberi pelbagai makna.Aku juga kagum akan bakat-bakat artis Malaysia yang mampu memberikan persembahan bertenaga untuk jayakan teater tersebut dan aku juga berfikir sejenak jika aku berada di tempat mereka untuk hidupkan suasana cerita tersebut.

*Perenggan di atas tiada langsung kena-mengena dengan promosi teater tersebut ataupun pengarah teater memberi wang suapan kepada aku tetapi dengan hati yang ikhlas aku mengatakan teater Natrah ini berjaya

NATRAH 2

Aku lewat pulang ke rumah setelah menonton teater Natrah dan setelah itu aku keluar pula menonton perlawanan bola sepak di antara pasukan Barcelona - Real Madrid bersama rakan yang lain dalam keadaan badan letih dan mengantuk.
Ketika aku pulang ke rumah pada pukul 6.00 pagi setelah selesai menonton perlawanan bola sepak,seorang pak cik tua berbangsa Cina bersedia untuk menjual surat khabarnya di kaki jalan.
Bukan bermaksud aku berasa Dejavu tetapi hati aku agak tertarik.

Mungkin bagi anda perkara ini sudah menjadi perkara biasa tetapi bagi aku entah kenapa aku berasa janggal dan segan apabila aku melihat seorang pak cik tua berbangsa Cina menyusun mejanya untuk menjual surat khabar seawal jam 6 pagi.

P/S : Tolong bagi respon untuk perasaan yang segan dan janggal ini

Sabtu, 20 November 2010

tanda tanya

4.40 pagi.
Sambil menunggu waktu subuh,aku mula menaip.
Ada yang tidak kena pada hati aku.

Ingin berkata sesuatu yang agak luar biasa.
Agak luar biasa untuk ditelan atau diludah.
Aku seperti berada di tengah-tengah tidak ingin berganjak ke mana-mana.

Banyak perkara yang telah aku lalui selama 19 tahun ini tetapi perasaan ini masih tidak dapat aku simpulkan.
Aku ingin mengejar perasaan ini di mana aku sering tertanya-tanya dan selalu merenung jauh apa yang benar berlaku dan apa yang aku harus lakukan.

Masih kiasan dan masih lagi menjadi tanda tanya untuk susunan ayat-ayat di atas.
Tiada siapa yang berani untuk menjawab persoalan yang samar-samar ini.
Terus terpendam di lubuk hatiku.
Mungkin jawapan akan menjelma apabila sesuatu perkara itu berlaku untuk mencari noktah yang terakhir.

P/S : gua lemah sikit beb

Jumaat, 19 November 2010

mana ada apa sangat

Ramai orang sibuk packing barang tapi gua masih mengadap laptop.
Asyik blogwalking blog orang.Seronok sebab minda terbuka.
Banyak benda aku tau dalam dunia ni melalui blogserius.
Aku pun ragu-ragu juga nak percaya atau tidak sesetengah perkara yang tidak masuk akal.
Apa-apa pun luu orang lawat dulu blog tu and then baru cerita sama gua ok.
Tambahan lagi, *ceh macam nak tulis karangan pula

Nak cari info sikit pasal barang yang gua nak beli nanti.
Gua minat kasut ni tapi mahal sangat.Tak mampu.
Harap-harap jumpa sebijik macam gambar bawah di ceruk-ceruk Uptown nanti.
Tidak kisahlah apa brand pun asalkan sedap mata memandang dan yang paling penting murah.



lanvin

P/S : selamat bercuti kepada semua rakan dan nikmatilah masa yang ada nanti bersama orang tersayang

Rabu, 17 November 2010

17 November

Setakat ini tiada inspirasi untuk aku menconteng apa-apa di sini.
Sekadar ingin berkongsi sedikit cerita-cerita yang boleh dibualkan.

Tanggal 17 November 2010 merupakan Hari Raya Aidil Adha untuk semua umat Islam dan buat pertama kalinya aku beraya jauh daripada keluarga tersayang.Bagi aku suasana raya itu tidak timbul di sini dan yang paling utama aku tidak kisah aku beraya di mana.
Itu yang pelik.
Hari raya pada hari ini beredar seperti hari-hari biasa.Hanya sempat meratah daging-daging lembu yang dikorbankan pada pagi tadi.
Syukur ke hadrat ilahi kerana aku dapat beraya dalam dua situasi berbeza.

P/S : teruk sungguh hambamu ini