Pada mulanya aku ingin menyiapkan sebilangan kerja yang perlu dihantar untuk beberapa minggu saja lagi. Kerja atau 'assignment' yang menjadi perkara wajib bagi setiap mahasiswa/mahasiswi macam aku.
Namun, aku gagal.
Aku serong melakukan perkara lain.
Aku ke sini menjenguk blog aku yang sudah lama tidak berlangkah.
Dan juga blog rakan - rakanku yang lain.
Bukan mengetahui tentang perkembangan diri mereka, tetapi lebih kepada perkembangan minda mereka.
Malam ini ada cubaan dari aku untuk menyiapkan tugasan dengan lebih awal. Tetapi langsung tidak menjadi.
Niat aku tidak sempurna barangkali.
Sudah tujuh semester aku di sini tetapi aku tetap dengan perangai buat kerja 'last minute'.
Adakah ini cara lelaki atau kerektor aku yang agak 'cool' ?
Ingin cuba sesekali untuk berada pada tahap yang selesa. Tahap di mana keputusan peperiksaan aku seperti pelajar Cina yang berjaya.
Khamis, 6 September 2012
Sabtu, 11 Ogos 2012
perasan dan sedar
Macam biasa.
Masih mencari rentak sebenar kehidupan sebagai seorang manusia tamadun moden ini.
Masih lagi mengemaskini gajet terkini di mana gajet popular yang dikejar oleh orang kebanyakan masa kini.
Tidak semua yang memiliki tetapi mungkin majoriti.
Tak nak kalah.
Kita sedar teknologi dunia sudah semakin canggih. Kita kata teknologi makin canggih sebab kita makin terleka dengan dunia.
Tidak semua yang setuju. Bukan majoriti.
Kalau dulu belajar subjek Sains ada soalan hipotis.
Hipotisnya, Semakin canggih teknologi semakin kita leka.
Ada juga manusia yang sedar diri mereka terleka tetapi terus menghanyutkan diri entah ke mana.
masa dan waktu berputar semakin ligat.
Sehinggakan anda yang membuat persoalan dan pertanyaan,
" kita yang lewat atau masa yang semakin cepat?"
Teknologi kita canggih tetapi kita tak mampu nak cipta mesin masa.
Manusia masih kerdil dan lemah.
Renungkan.
Khamis, 9 Ogos 2012
Terus gagal.
Sukar untuk aku ungkapkan perasaan yang terus dibelenggu peristiwa silam dan kenangan lama yang menghimpit ruang minda ini. Aku sering berimaginasi dikala aku berada dalam situasi sunyi.
Masih belum jumpa penuetralisasi kepahitan ini.
Aku terus gagal mencari di mana caranya untuk aku lenyapkan perasaan ini. Biar perlahan - perlahan asalkan perasaan ini lenyap selamanya tetapi aku gagal.
Kenapa aku gagal ?!
Aku sibuk dengan hal yang tiada apa - apa. Mencari perkara yang tidak pasti. Menimbulkan persoalan sendiri, persoalan yang langsung tidak membina semangatku untuk mencari diri yang sebenar.
Lebih cenderung untuk kecil hati , terasa hati dalam keadaan aku beremosi. Aku sentiasa beremosi kebelakangan ini.
Ingin rasanya aku memohon kepada Dia, memohon supaya hilangkan perasaan berkecamuk ini. Sekali lagi berimaginasi jika aku bangun esok pagi, tolong kosongkan fikiranku dengan memori lama. Tolong padam jangan tinggal walau sedikit pun.
Ya Allah dengarlah rintihan hambaMu ini.
InsyaAllah.

Sabtu, 4 Ogos 2012
lukisan
Kali ini aku tidak mampu untuk menghurai sesebuah topik dengan perkataan lagi. Dengan kemahiran penulisan yang aku ada.
Aku tidak berdaya mengeluarkan idea yang baik malah menjadi pencetus kepada semangat positif yang baru.
Yang aku mampu hanyalah melahirkan sebuah lukisan. Lukisan yang mempunyai gambaran tersendiri.
Dan mencetuskan persepsi setiap individu yang melihatnya. Bagi aku, setiap individu memiliki persepsi yang berbeza.
Lukisan, sajak , dan lagu merupakan tiga perkara yang berbeza.
Tetapi hanya satu tujuan yang sama iaitu,
Ruang individu menyampaikan perasaan.
Khamis, 12 Julai 2012
tak percaya diri
Hm bagaimana nak terjemahkan perasaan aku dekat sini?
Kisahnya seperti di atas. Gambaran awal tentang apa yang aku ingin sampaikan. Mohon tatap gambar di atas terlebih dahulu sebelum bergerak lebih jauh mengejar isi di bawah.
Begini.
Manusia secara majoriti mampu untuk mempercayai diri sendiri. Ada juga segelintir yang tidak mampu untuk percaya pada diri. Seperti aku.
Aku tidak mampu percaya pada diri sendiri. Aku tak boleh nak percaya yang aku mampu tinggalkan rokok.
Bagaimana aku tinggalkan tabiat tu? Bagaimana aku dapat lupakan rokok?
Kuasa Allah. Kita ikhtiar kita tawakal. Hanya Dia yang bekerja untuk tentukan kita. Aku bersyukur.
Dan lantas perkara ini membuatkan aku tidak percaya pada diri bagaimana aku berjaya tinggalkan rokok. Betul kan?
Dah sebulan lebih aku berjaya tinggalkan rokok. Mohon kawan - kawan beri sokongan.
Sekian.
Sabtu, 7 Julai 2012
garisan penamat
Jujur aku katakan aku tidak yakin untuk berdiri sendiri. Ikhlas aku katakan aku terlalu takut untuk bangun pada esok pagi. Lemah !
Bukan terdesak untuk mencari kesempurnaan hidup tetapi biarlah diri ini merasai nilai kehidupan sebenar.
Biar sederhana jangan terlalu sempurna.
Dalam pelbagai bidang, dalam pelbagai ruang yang aku miliki, aku sentiasa memandang ke arah 'garisan penamat' sesuatu perkara, kerja , dan bidang yang aku lakukan. Dalam sesuatu kerja, aku ingin cepat selesaikan kerja tersebut tanpa hayati langkah demi langkah bagaimana perkara itu menjadi lengkap pada akhirnya.
Aku terlalu memandang ke arah penghabisan cerita atau dalam monolog dalaman aku berkata begini,
"biarlah asalkan benda yang aku buat ni siap"
"janji aku buat benda ni dan paling penting benda ni siap"
Sebagai contoh sebuah lukisan potret tanpa lakaran dan jawapan kepada soalan matematik tanpa jalan pengiraannya. Hanya fokus kepada pengakhirannya tanpa meniti satu demi satu mutiara yang tersembunyi di dalam perjalanan sesuatu perkara tersebut.
Itulah aku.

Ahad, 1 Julai 2012
undurlah sikit.
Hidup tidak semestinya ke hadapan. Tidak semestinya melangkah ke hadapan secara terus - menerus dan tanpa henti.
Kadang - kala kita perlu ambil sedikit masa untuk toleh ke belakang. Ambil sedikit masa untuk undurkan langkah ke belakang.
Sekadar untuk mengintai kenangan lalu, mencuri pandangan pengalaman lepas untuk menginspirasikan kata laluan "Anjakan Paradigma "
Memanglah orang tua dok selalu kata " Barang yang lepas jangan dikenang " tapi...
Begini.
Cuba selak semula album lama anda, semak semula gambar lama yang mungkin usianya lima tahun atau sepuluh tahun yang lalu. Cuba lihat wajah dan perwatakan anda.
Kelakar? ketawa ? dalam sepuluh gambar mungkin salah satu gambar tersebut anda akan bermonolog seperti
"eeeee buruknya aku dalam gambar ni malu malu malu ! selak gambar lain weh ! "
Dari situ anda berasa sesuatu yang perlu diubah. Penampilan, perwatakan positif dan mana - mana yang berkaitan. Mungkin anda perlu lebih berketrampilan dalam segala hal. Bukan bermaksud untuk mengubah diri anda yang sebenar tetapi berubah ke arah positif dan menjadi insan yang lebih baik.
Contoh lagi. tak cukup dengan satu.
Seorang remaja tergesa - gesa mengejar bas untuk ke sekolah. Dia hanya membawa wang tambang menaiki bas sahaja dan yang paling utama dia dari keluarga yang miskin. Secara tiba - tiba syilingnya terjatuh. Jika dia terus mengejar bas tersebut tanpa mengambil kembali syilingnya dia tetap tidak akan dapat menaiki bas ke sekolah kerana konduktor bas tidak membenarkan penumpang untuk menaiki bas tanpa membayar tambang.
nampak tak permainan dia macam mana?

Langgan:
Catatan (Atom)