Isnin, 11 Oktober 2010

ada perubahan sedikit kot

Memikirkan apa isu terkini yang ingin dikongsi.
Terus mencari idea agar post kali ini lebih menarik.
Masa terus berlari tetapi untuk mencari idea apa yang hendak dikongsi memakan masa.

Maklumlah banyak masa lapang untuk hari ini.

Dah boleh mula agaknya.

"cewah macam artikel dalam majalah mastika tak?"

Bulan ini buat pertama kalinya aku tidak mengaudit buku kewangan perbelanjaan harian aku.
Buat apa nak catat wang keluar masuk kewangan kita,rasa leceh kan.
Ada baiknya.Dari situ kau tahu berapa jumlah wang yang kau belanja untuk bulan itu.

Keperluan dan kehendak kau.

Tetapi minda aku sudah bertukar ke arah lain.
Aku sudah tahu berapa jumlah anggaran perbelanjaan untuk satu bulan setelah berbulan lamanya mencatat wang keluar masuk harian aku.

Tetapi aku ada alasan lain.

Mungkin dengan tidak mencatat wang keluar masuk tersebut aku sebenarnya tidak terlalu berjimat dan terikat ataupun dengan lebih tepat sekali iaitu 'berkira sangat'.

Perkara ini menjadikan kita terlalu terikat dengan penjimatan wang tersebut dan membuatkan kita kedekut untuk diri sendiri.
Walhal diri kita terlalu letih akan setiap proses hidup yang berjalan tanpa henti ini.
Berikan keselesaan kepada diri kita maksudnya makan dan minum yang cukup.
Maklumlah sebagai pelajar,banyak aktiviti yang harus dilakukan.

Namun aku mengambil jalan lain dan lari daripada perkara tersebut.
Alhamdulillah aku berjaya menyenangkan hati aku.

Aku tidak lagi untuk terlalu menyimpan dan sekarang aku berbelanja mengikut gerak hatiku.
Rakan-rakan terdekat turut merasainya.

Aku teringat akan kata-kata rakanku iaitu

"Gaji kita rm3000 bukan sepenuhnya hak milik kita,Allah S.W.T sudah tetapkan rezeki masing-masing dan sebahagian daripada gaji itu adalah hak milik orang lain"

Aku setuju kata-katanya.
Ini adalah cerita aku.Maksudnya pendapat aku untuk post kali ini.
Mungkin pendapat anda berbeza dan tidak sekepala dengan aku.
Tidak mengapa lah kerana aku faham lain orang lain pendiriannya.

p/s : Jangan kedekut






Sabtu, 9 Oktober 2010

sisa agenda tahun 2010


sesi bergambar bersama pensyarah
bersedia untuk ujian
Menunggu ujian bersama Firdaus ataupun Teves haha
bergambar di Giant Penampang

12-15 November -Perkhemahan Reakreasi di Gayang

16 November - Perlawanan persahabatan IP Keningau

1 November- Peperiksaan akhir semester tiga 2010

20 November - Pulang Kuala Lumpur

sebenarnya sebelum in banyak agenda yang telah aku tempuhi dengan jayanya.
Antaranya :

Ujian Kecergasan Fizikal dan Amali Permainan pada tarikh 5-6 November 2010.

Tambahan lagi tugasan kerja yang berjaya disiapkan sepanjang aku belajar di sini untuk semester tiga program persediaan.

Aku berharap agar agenda seterusnya berjaya juga ditempuh dengan baik.



Khamis, 7 Oktober 2010

tak kenal

Muram dan murung.

Apa ekspresi anda tentang perkataan di atas?

Dalam hati anda mungkin dengan lebih tepat akan berkata seseorang yang berasa sedih dan kecewa akan sebab-sebab tertentu.

Kadang-kadang aku juga lalui perkara ini.Sehinggakan ramai kawan yang menegur

"kenapa dengan kau zaim?"

"Tiada apalah aku okay saja.Kenapa kau tanya?"

"Tadelah aku tengok kau macam sedih je."

"Aku ok la kawan"

Selalunya aku lalui perkara ini tetapi dengan ikhlas aku berkata aku tiada rasa kecewa ataupun sedih.
Yang ini serius.
Perasaan aku seperti sedia kala tetapi aku tiada sebab untuk bersedih atau berasa kecewa.
Mungkin cuma raut wajahku yang nampak seperti berada dalam kesedihan.

Aku buntu kenapa aku tidak kenal akan diri aku ketika itu walhal tiada sebab aku ingin berasa sedih.

Esok mungkin aku nak bertanya kepada pakar jiwa haha

Rabu, 29 September 2010

Apa ada hal?

haih.
dahiku berkerut.
Dek kerana terlalu banyak tugasan yang perlu disiapkan.
Namun aku berasa seronok bekerja untuknya.
*Gaya menyejukkan hati.

Seperti kata orang yang biasa kita selalu dengar.

"oh tidak apa dah tiada rezeki nak buat macam mana"

"Kalah menang adat pertandingan"

"Dah nak buat macam mana kau dah cuba yang terbaik "

Paling sakit hati yang ini.

"Cuba tahun depan,cuba lain kali"

Aku tahu semua ayat itu hanyalah 'support' semata-mata.
Hanya diri sendiri sahaja yang berjaya mengawal perasaan kecewa atau runsing memikirkan perkara yang perlu diselesaikan pada masa akan datang.

Runsing memikirkan.

"buat yang terbaik saat ini dan jangan terlalu memikirkan masa hadapan dan ke belakang"

Pegangan aku yang tidak selalunya aku guna.





Sabtu, 18 September 2010

apa yang terjadi?

Selalunya aku tidak begini.
Terlalu menyimpan dan kedekut.
Tiada apa yang ingin dikejarkan.

Tetapi.

Ada sesuatu yang aku perlu capai walhal hati ini tidak tahu apa benda itu.
Aku bingung dan letih.
Terlalu lemah.

Sehinggakan aku telah menjadi orang lain.
Menipu diri sendiri untuk kebahagiaan orang lain.
Supaya mereka nampak bahagia dan gembira walhal aku entah bagaimana.

Nampak agak berkias sedikit bukan?

Sebenarnya duit aku dah mengalir macam air.
Terlalu terdesak ingin berjumpa bersua dengan rakan dan sahabat baik.
Maklumlah orang belajar jauh.
Tidak lama lagi aku akan meninggalkan halaman sendiri di mana sejak kecil lagi
aku merangkak menempuh ranjau yang bersimpang-siur ini.

Aku tidak kisah dan tidak peduli apa yang aku lakukan kerana aku menganggap aku sahaja yang betul.

Pedulilahhhhhhhhhhhh !

Khamis, 9 September 2010

Selamat Hari Raya


Terlalu cepat masa berlalu.
Macam baru semalam sahaja tahun baru.

Pelbagai perkara telah aku lalui sehingga kini dengan agak baik
dan tetapi ada juga sesetengah perkara yang kurang memuaskan.

Tidak keruan.

Hari jumaat bertarikh 10 September 2010 bakal menjadi hari yang bersejarah untuk semua umat Islam.
Hari kejayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berjuang untuk berpuasa daripada makan dan minum di siang hari.

Di sini aku ingin memohon ampun atas segala dosa,silap dan salah terlanjur kata dan perlakuan yang menyinggung perasaan anda semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh Muslim dan Muslimat!

Salam Lebaran