Aku ketinggalan dibelakang mengejar waktu terkini. Waktu terkini dihiasi berita baru yang melangkah ke depan.
Dengan angkuhnya.
Berbeza dengan ruang aku yang lesu dengan cerita lama. Kosong bak kata Najwa Youtube.
Aku tidak selesa untuk berbicara ketika ini di saat tertib menghadapi ujian peperiksaan. Atau sinonim digelar 'exam' oleh para siswa dan siswi. Sinonim dengan harapan kosong iaitu dekan.
Puas bercumbu dengan buku sebagai penghantar maklumat utama. Internet sebagai sumber kedua. Dan pensyarah sebagai pembimbing yang mempunyai 'kunci jawapan ' soalan peperiksaan.
Baru hari kedua peperiksaan. aku letih.
Ingin sesekali tidur dengan lena di dalam buaian bawah pohon kelapa di persisiran pantai. Dipukul angin laut sambil menikmati pelam muda dicicah dengan kuah rojak Makbee.
Teringin.
Selasa, 22 Mei 2012
Ahad, 20 Mei 2012
muncul kembali
Masih bernafas. Julai, September, Oktober, November, Disember. Dalam tahun 2011.
Januari, Februari, March , April, Mei untuk tahun 2012.
Berapa bulan semuanya? 10 bulan. Hampir genap setahun aku tidak menulis di sini.
Ruang yang tiada guru pemeriksa mahupun penggubah soalan. Sebagaimana peperiksaan SPM 2008 yang aku duduki ketika dulu. Akulah pencetus persoalan dan penggubah skema jawapan di sini.
Ada peristiwa yang membuatkan aku ingin berluahan di sini semula.
Ceritanya begini...
Aku tegur mamat ni dekat Twitter. Entah apa yang aku tweet dekat dia pun aku dah lupa. Lepas tu dia balas " tapi takdelah macam ayat blog kau kan zaim hehe "
Aku gelak baca tweet dia lalu aku pun 'new tab' 'then' google blog aku sendiri. Lupa 'username' dan 'password.'
Sungguh sedih. Beberapa kali cuba mengisi ruang kata - kata laluan blog akhirnya dapat 'sign in' juga blog ni. Alhamdulillah.
Seperti manusia lain yang sentiasa mengejar ilmu dunia, tiada ruang untukku menulis di sini. Jadual terlalu rapat sehinggakan waktu cuti turut terikat dengan kelas. Terikat dengan bidang perguruan dan pendidikan. Masing - masing mengejar masa untuk menjadi seorang guru yang sejati. Yang mampu mencipta produk unik untuk masa yang akan datang. Tetapi mereka lupa untuk mencari erti sebenar kehidupan atau membentuk nilai jati diri dalam diri manusia. Aku gagal setakat ini. Mungkin belum sampai waktunya.
Masih terfikir apakah perkataan dan ayat yang sesuai untukku lari daripada terus menulis di sini.
Kesimpulannya? Tuntasnya? Akhir kalam? oh tidak. bukan.
Aku sibuk dengan hal dunia yang lain. Boleh dekat denganku di Twitter - @zaimazhr dan facebook zaimadzim@gmail.com. OKBYE. Mudahkan?
Januari, Februari, March , April, Mei untuk tahun 2012.
Berapa bulan semuanya? 10 bulan. Hampir genap setahun aku tidak menulis di sini.
Ruang yang tiada guru pemeriksa mahupun penggubah soalan. Sebagaimana peperiksaan SPM 2008 yang aku duduki ketika dulu. Akulah pencetus persoalan dan penggubah skema jawapan di sini.
Ada peristiwa yang membuatkan aku ingin berluahan di sini semula.
Ceritanya begini...
Aku tegur mamat ni dekat Twitter. Entah apa yang aku tweet dekat dia pun aku dah lupa. Lepas tu dia balas " tapi takdelah macam ayat blog kau kan zaim hehe "
Aku gelak baca tweet dia lalu aku pun 'new tab' 'then' google blog aku sendiri. Lupa 'username' dan 'password.'
Sungguh sedih. Beberapa kali cuba mengisi ruang kata - kata laluan blog akhirnya dapat 'sign in' juga blog ni. Alhamdulillah.
Seperti manusia lain yang sentiasa mengejar ilmu dunia, tiada ruang untukku menulis di sini. Jadual terlalu rapat sehinggakan waktu cuti turut terikat dengan kelas. Terikat dengan bidang perguruan dan pendidikan. Masing - masing mengejar masa untuk menjadi seorang guru yang sejati. Yang mampu mencipta produk unik untuk masa yang akan datang. Tetapi mereka lupa untuk mencari erti sebenar kehidupan atau membentuk nilai jati diri dalam diri manusia. Aku gagal setakat ini. Mungkin belum sampai waktunya.
Masih terfikir apakah perkataan dan ayat yang sesuai untukku lari daripada terus menulis di sini.
Kesimpulannya? Tuntasnya? Akhir kalam? oh tidak. bukan.
Aku sibuk dengan hal dunia yang lain. Boleh dekat denganku di Twitter - @zaimazhr dan facebook zaimadzim@gmail.com. OKBYE. Mudahkan?
Sabtu, 11 Jun 2011
pegang tidak semestinya kuasai@miliki
Macam - macam kita belajar dalam dunia ni.
Nyata dan tidak nyata tetapi tidak sama rata.
Apa yang kita belajar melalui pembelajaran di sekolah mahupun kolej,
atau nak nampak gah sikit di universiti terutamanya kita belajar tentang bidang yang kita ceburi.
Sama ada teori sahaja ataupun praktikal.
Kita nampak benda itu, nampak apa yang kita belajar.
Guru di hadapan mengajar dan kita mendengar apa yang disampaikan tentang subjek yang menjadi topik pada hari itu.
Teori - teori yang dihasilkan oleh orang - orang dahulu yang cuba mempengaruhi mentaliti kita untuk ikut dengan cara mereka supaya ia dijadikan kepercayaan atau kita ikut cara mereka berfikir.
Tetapi masih banyak perkara yang kita tidak akan jumpa di sana ataupun di sekolah, kolej dan universiti.
Ilmu ghaib ini harus diajar melalui kehidupan dan masalah.
Dalam erti kata lain iaitu pengalaman.
Apa yang aku maksudkan ilmu ghaib ialah ilmu yang perlu dipelajari melalui pengalaman dalam hidup kita.
Bagaimana kita lalui masalah itu dan bagaimana cara kita berfikir dan cara kita bertindak.
Pantang larang dan budaya yang menjadi amalan kita harus dititikberatkan.
Paling penting iaitu unsur agama yang kita miliki.
Apakah sesuatu perkara yang berlaku itu merupakan salah satu punca hubungan kita dengan yang maha esa.
Itu terserah kepada individu ataupun hamba yang merupakan makhluk ciptaanNya.
Bagaimana manusia itu berfikir dan tahap ketaatan kepadaNya.
Contoh,
Jailani merupakan seorang remaja lelaki yang berumur 17 tahun.
Dia pelajar yang bijak tetapi malas untuk berusaha akan sesuatu perkara yang tidak menjadi kegemarannya.
Pada kebiasaannya Jailani mengambil mudah akan sesuatu perkara dan hanya melakukan perkara tersebut dengan ala kadar.
Boleh diandaikan bahawa Jailani kurang mentaati perintah Allah dan kadang - kadang juga melanggar perintahNya.
Jailani diberi wang sampingan oleh bapanya sebanyak RM 300.
Jailani di saman polis bebrapa hari selepas itu atas beberapa kesalahan tertentu dan wang yang diberikan oleh bapanya habis dibayar untuk saman tersebut.
Habis sapu bersih.
Dalam erti kata lain Jailani tiada rezeki walaupun dia sudah memegang wang sebanyak Rm 300.
Selang beberapa hari Jailani berkunjung ke rumah sedaranya dan pakcik Jailani memberi wang sebagai sedekah oleh pakciknya sebanyak RM 100.
Sekali lagi Jailani cuai dan wang tersebut hilang ataupun tercicir dari poket seluarnya.
Jailani sekali lagi hilang rezeki.
Jailani memperoleh sesuatu perkara yang baru. Tidak semua manusia peroleh pengalaman itu dan cara Jailani bertindak iaitu Jailani berfikir dengan positif di mana Jailani menganggap itu bukan rezekinya malah rezeki orang lain yang diberikan oleh Allah SWT dengan cara itu.
Itu tanggapan yang dibuat oleh Jailani dan ujian secara halus itu harus dimanfaatkan oleh Jailani dengan mengambil kira tentang faktor agama yang Jailani pelajari di mana Jailani harus berpegang dan percaya akan agama yang dipelajarinya atau amalan surah - surah yang menghalang daripada kejadian buruk berlaku seperti kejadian Jailani.
Banyak pendapat boleh diandaikan oleh sesiapa sahaja yang membaca contoh kehidupan yang mungkin tidak akan kita miliki sewaktu sesi pembelajaran di sekolah tetapi kita alaminya melalui kehidupan harian kita.
Banyak andaian boleh dibuat antaranya
"Mungkin perkara yang dilalui Jailani hanyalah kebetulan "
"Allah SWT menutup pintu rezeki Jailani akan sebab-sebab Jailani melanggari perintahNya atau tidak mentaatiNya"
"Allah SWT sengaja menguji keimanan Jailani dengan perkara sebegini dan ingin melihat apa reaksi Jailani seterusnya walaupun sudah dua kali berturut - turut Jailani tidak dapat merasai wang pemberian ahli keluarganya "
Macam - macam andaian. Anda sebagai pembaca juga berhak membuat andaian mengikut kemahiran berfikir yang anda miliki dan andaian anda mungkin berlainan daripada saya.
Hulurkan andaian anda di bawah dan kita boleh berbincang mengenainya.
Coretan yang tidak sempurna di atas adalah seratus peratus hasil pengalaman dan bual sembang antara orang persekitaran saya.
Dan ini kisah benar cuma gelaran Jailani sahaja yang bertukar.
Habis cerita.
Rabu, 13 April 2011
tekan shift pada keyboard anda
Huh, banyak sawang kat celah - celah ni.
Sawang labah-labah yang berupa sarang tebuan.
Tapi yang peliknya sawang labah-labah ni berada dalam laman sesawang aku.
Jangan fikir kenyataan di atas adalah kenyataan logik.
Maksud aku blog aku ni sudah lama tak bersentuh.
Sudah lama tak update.
Macam-macam hal berlaku sebelum ni dan syukur kebanyakanya adalah perkara baik belaka.
Setiap insan inginkan perkara baik yang berterusan.
Seperti juga aku,kau dan semua.
Perkara baik dan buruk dalam kehidupan masing-masing menjadi perkara biasa.
Aku selalu berfikir dan pegang akan falsafah ini
LIFE DOES NOT WHAT HAPPEN TO YOU,IT IS ABOUT HOW YOU HANDLE WHAT HAPPEN
Cantik betul susunan ayat ini.
Memberi motivasi baru kepada sesiapa yang membacanya.
Aku turut terasa kuasa motivasinya.
Cemerlang sungguh manusia yang susun ayat ini.
Nah 5 bintang !
Kesan daripada ayat-ayat cun motivasi ni memberi sedikit impak kepada diri aku.
Aku nak rasa benda baru.
Aku nak cuba sesuatu yang baru.
Ini bukan bermakna aku sudah bosan degan dunia yang aku lalui ini tetapi aku inginkan sesuatu yang baru.
Bukan harta benda ataupun manusia.
Tetapi ilmu baru dan kepakaran baru.
Mungkin sudah tiba masanya aku perlu melonjak.
Melonjak untuk membina perkara baru dalam hidup ini di mana setelah sekian lama baru aku perasan yang diri ini langsung tiada perubahan.
Terlalu buang masa untuk perkara yang dianggap remeh bagi diriku.
Habis.
Isnin, 21 Februari 2011
seni baru
Dulu zaman kecil-kecil teringin sangat nak kereta.
Sehabis baik cari kat bengkel-bengkel kereta nak cari majalah kereta yang terbiar.
Balik rumah cari pula sehelai kertas untuk dilukis gambar-gambar kereta sport.
Untuk permulaan.
Kalau tak pandai lukis suruh mak lukiskan.
Kebetulan mak aku cikgu seni.
Sambil aku gelak kecil dalam hati ni hehe.
Dah.
Sejak tu aku suka melukis.
Nak buat macam mana nak kereta sebijik pun tak dapat,dapat simpan gambar pun jadilah kan.
Bila dah lukis tak seronok kalau gambar kosong tanpa warna.
Aku cuba-cuba pakai warna nak bagi gambar nampak menarik.
Dah nampak kan seni dia?
Tutup cerita.
Aku sekarang ada sebijik basikal.
Mari sini aku tunjuk seni-seni dia.




P/S : thumbs up kat member-member yang sudi shoot GF aku ni
Ahad, 13 Februari 2011
pantulan imaginasi
Memberontak dengan tiba-tiba.
Buah fikiranku tiba-tiba muncul.
Muncul dan mengalir keluar melalui jari yang sedang menaip ini.
Kenapa?
Kenapa perlu ada teknologi dunia kini.
Yang mampu melihat isi setiap manusia.
Setiap manusia yang menayangkan kemegahan dan kecantikan diri mereka.
Apatah lagi seluruh hidup mereka ingin dialbumkan.
Untung tayangan ramai seluas alam.
Kadang-kadang kita langsung tak terfikir bagaimana jika benda ni tiada?
Langsung tiada.
Mungkin ramai yang senyap.
Senyap melakukan perkara masing-masing tanpa menunjukkan yang mereka ni perasan diri mereka gah.
Titik.
Sabtu, 12 Februari 2011
ada benda baru
Bukan nak tiru orang tapi dah minat.
Aku suka perwatakan benda ni.
Menarik.
Buat aku teruja dan puas.
Puas memilikinya.
Benda ni ada seni tersendiri.
Buat ikut cita rasa.
Ada ' skills '
Ramai antara korang yang mesti tak dapat tangkap lagi apa yang ingin aku sampaikan
untuk entri kali ni.
Mesti korang nak tau kan?
Nah !



P/S : Belum ada gambar fixie sendiri lagi.Akan diupload untuk entri seterusnya.Tunggu!
Langgan:
Catatan (Atom)