Selasa, 7 Disember 2010

percutian menarik

Aku senyum lebar hari tu.
Seronok dan puas dapat berjalan ke Teluk Kemang.
Memang betul-betul menjadi rancangan ni dan bukannya melayu.

Eh apa kaitan dengan melayu?
Ahh lupakan.

Rombongan ke sana seramai 9 orang termasuk aku.
Awalnya gua tak yakin beb rancangan ni menjadi sebab gua usha muka kawan - kawan gua macam tak yakin dan nak tak nak je untuk ke sana.
Akhirnya menjadi juga.

Malam sebelum bertolak aku bersama rakan yang lain menggeledah pasar borong berdekatan rumah kami pada pukul 1 pagi.
Hasilnya kami bawa pulang 2 ekor ayam ,13 ekor ikan kembung dan sekilo kerang.
Sebelum tu kami kutip rm5 sekepala untuk makanan yang akan dibakar di sana.

Kami bergerak dengan menaiki dua buah kereta dan perjalanan ke sana mengambil masa selama sejam setengah.
Aku berasa teruja apabila rakan - rakan yang sekepala berkelah bersama sambil menikmati suasana di tepi pantai yang tenang.
Gelagat pelancong di sana juga yang memenuhi ruang pantai Teluk Kemang dengan kehadiran aktiviti mereka yang berlainan menemani percutian kami.

Aku tidak ingin bercerita panjang tentang episod seterusnya dalam percutian ini tetapi apa yang
dapat aku sampaikan ialah melalui gambar - gambar yang sempat ditangkap di sana.


dua buah kereta untuk 9 orang
kawan aku yang gila - gila

Pakar masak

Ayam yang diperam bersama kunyit

sedia untuk dimakan



makan beramai - ramai

main bola


keletihan selepas bermain bola dan menaiki bot pisang

Aku juga turut tumbang

Langit tak selalunya cerah.
Seorang rakan gua cedera parah ketika menaiki 'banana boat' dan kami membuat keputusan untuk menghantarnya ke hospital berdekatan.
Pangkal tangannya retak dan dia dinasihatkan untuk berehat selama 2 bulan dan tempoh masa itu begitu sukar untuk dihadapi dek kerana dia seorang yang aktif bersukan.
Harapan agar cepat sembuh.

Pada awalnya kami ingin pulang sebelum waktu Maghrib tetapi disebabkan hal kecemasan ini kami pulang agak lewat sikit dan terpaksa makan malam di gerai makan berhampiran Pekan Port Dickson.
Alhamdulillah perjalanan selamat dan sampai ke rumah pada pukul 10.30 malam.