Isnin, 8 November 2010

geram dah tak sabar




Hari peperiksaan.
Kita perlu bersedia untuknya.
Belajar apa yang tidak faham.
Dipaksa berfikir dan memahami segala teori yang diberikan.

Banyak masa sebenarnya untuk aku bersedia menghadapi hari peperiksaan.
Namun sikap malas itu melekat di sisi aku.
Lebih cenderung untuk membuat perkara lain.
Tidak seperti semester-semester lepas.

Mungkin menelaah pelajaran lebih sesuai untuk waktu-waktu genting agaknya.
Apabila situasi saat akhir itu membuatkan kita risau dan terpaksa membaca dan menyerap segala ilmu sekali gus dalam kotak minda kita.

Aku tidak sabar untuk habis 'exam'.
Aku menanti saat itu.
Ingin pulang ke rumah yang telah lama ditinggalkan.
Rindu semua.

Jumaat, 5 November 2010

manusia kurang pandai

Ramai sungguh orang yang selalu mengadu,mencemuh,mengherdik dan mengutuk
perkara yang dianggap remeh-temeh dan macam-macam lagi lah.

Tak perlu aku nak bagi contoh-contoh yang bodoh ini.
Buang masa sahaja kan.
Walhal aku tengah menulis perkara yang bodoh ini.

Macam diri mereka semua sahaja yang terlalu bagus.
Senang untuk menilai orang lain walhal diri mereka seteruk itu juga.
Pandai memberi komen kepada orang lain sedangkan mereka juga seperti itu.

Bodoh !

Sedar la diri sikit anda pun apa kurangnya.
Tidak perlu nak menghebohkan tentang keburukan orang lain sedangkan kita manusia
sama tinggi darjatnya.
Ada baik dan ada buruk.
Aku sendiri pun ada baik buruknya tetapi tidak perlulah menghebahkan perkara yang sekecil zarah kepada orang ramai.
Masing-masing sudah boleh berfikir apa yang patut difikirkan.

P/s : sungguh bodoh

Selasa, 2 November 2010

ada baiknya

Sudah setahun setengah aku berada di sini.
Sabah negeri di bawah bayu.
Pada awalnya aku berasa agak janggal.
Maklumlah berada di tempat orang.
Makanan, budaya, cara hidup, tambahan bahasa yang digunakan.

Bah bah bah la kan.

Aku tetap tegar dengan pendirian untuk terus belajar di sini di mana situasinya berbeza
berbanding Kota Kuala Lumpur yang serabut dengan kesesakan lalu lintas.

Atau lebih dikenali dengan nama hutan batu !

Kadang-kadang terfikir juga bagaimana jika aku belajar di sana atau di tanah semenanjung.
Ada baiknya dan yang lebih utama iaitu lebih dekat dengan orang tersayang.
Aku sentiasa boleh menatap wajah orang tuaku secara 'live'.
Ada hikmahnya aku jauh daripada mereka.
Jauh itu melahirkan rasa rindu yang membuak-buak dan terlerai akhirnya apabila peluang untuk bercuti pulang ke rumah itu tiba.

Aku belajar di seberang.Tanah yang jauh daripada kampung halamanku.
Terlalu jauh untuk itu.

Berpegang dengan keazaman dan semangat untuk mencapai puncak aku terpaksa berkorban walau apa jua rintangan yang melintas aku.
Perkara ini menjadikan aku lebih kuat.

Hujan panas dan hari demi hari yang dilalui tidakku sangka sudah setahun setengah rupanya.
Tinggal empat tahun lagi untuk berjuang dan seterusnya Insyaallah jika diberi petunjuk akanku sambung pelajaranku ke tahap seterusnya.

P/S :Ingin mencapai perkara baru lagi di sini

Rabu, 27 Oktober 2010

tidak boleh nak lari

Tengah menaip sesuatu,
Tengah bermain sesuatu,
Tengah belajar sesuatu,

Tiba-tiba sahaja teringat akan peristiwa lama.
Langsung tidak boleh mengelak daripada mengingati perkara itu.
Langsung tidak boleh menipu diri sendiri.

Berasa sebak pun ada juga tetapi hakikatnya sudah berakhir.
Mungkin terus berakhir atau berkait semula itu tidak pasti dan hanya tuhan sahaja yang menentukannya.

Aku takut akan perkara kurang baik yang akan terjadi selepas ini.
Terlalu takut bagi diriku.

Samar atau mereka yang membaca mungkin tertanya-tanya apakah yang sedang berpusing di kepalaku.
Tidak perlu aku huraikan apakah perkara yang mencakar di benak fikiranku.
Terlalu sensitif perkara ini dan aku jarang berkongsi dengan sesiapa.
Ibu bapa mahupun teman rapat.
Bercerita di sini tentang perkara yang menyentuh hati dianggap sebagai bogel.
Ramai yang akan tahu nanti jadi tidak perlu aku ceritakan.

Cukuplah sekadar hati ini sahaja yang tahu.
Yang terus berkecamuk oleh bayang-bayang silam.

Selasa, 26 Oktober 2010

bila purnama mengambang

Berkat dari kesungguhan,
Terbentuklah kejayaan,
Ku merasa oh nikmatNya,
Bersyukur tak terhingga
Dengan pemberianNya,
Hidup aku sekarang ceria,

Dahulu aku tewas,
Dan yang menyedihkan ku,
Insan yang ku sayang pun berlalu,

Hilang semua rasa benci,
Melangit ku dipuji,
Menjelma semula saudara,
Walau dahulu pernah sengketa,
Kini ke depan bertanya berita,

Begitulah kehidupan,
Bak purnama mengembang,
Mendung jadilah terang,
Hilang bila dilindungi awan tak siapa lagi memandang,

Dahulu ku tersisih sendiri tanpa oh kekasih,
Kini tak terbilang menjelma,
Tidak tergoyang keimanan ini sayang,

Walau selautan kasih yang engkau janjikan kepada ku
itu tidak ikhlas,
Ini ku ketepikan rasa cinta pada seseorang,
Kerna bimbang hilangnya setia,

Yang lebih utama terus membuktikan,
Kukuh kedudukan usung kejayaan,

p/s : kadang-kadang perlu juga untuk berjiwang

Jumaat, 22 Oktober 2010

bola sepak permainanku

Tendang bola,tanduk bola,tampan bola,kawal bola.
Itulah permainannya.

Makan bola,minum bola,tidur bola,tengok bola?
Itulah bola sepak.Benda yang berbentuk sfera menjadi tumpuan seluruh dunia.

Ada yang mati kerananya.
Ada yang ketagih kerananya.
Ada yang jadi kaya kerananya.
Ada juga yang hancur kerananya.

Aku hanya ingin berkongsi aktiviti aku di sini berkaitan bola sepak.
Sedikit gambar yang boleh dijadikan tatapan dan tontonan semua.

perlawanan berkesudahan seri 1-1
Trooper Kent
Aku jersi bernombor 14
bergambar bersama pasukan Keningau Gladiator
Keningau Gladiator
Aku,Saiful dan Qarim
warm up
warm up

P/s : rindu pula pasukan sekolah dahulu

indahnya Gayang

Alhamdulillah,

Bersyukur ke hadrat Allah S.A.W kerana aku masih hidup sekarang.
Ingin berkongsi sedikit cerita aku ketika ini.
Aku baru sahaja selesai menjalani program perkhemahan di Gayang.
Sungguh indah tempat itu.

Dalam kesibukan aku menjalani program perkhemahan,sempat juga aku mencuri gambar-gambar di sana.

Sungguh tenang dan mempersona.










Banyak aktiviti dapat dilakukan di sini antaranya kembara hutan dan berkayak.
Agak malang bagiku kerana tidak sempat untuk memancing.


P/s :Cuba-cuba edit gambar ala-ala photographer sedikit walaupun camera tiada kuasa tinggi