Sama jugak la senario dia macam musim kereta tamiya dalam zaman kanak-kanak dulu.
Tapi lain sikit.
Maintanence tinggi lagi.
Ratusan ringgit habis untuk tu.
Asalnya aku dapat basikal standard je sebab bapak aku yang belikan.
Mula-mula dapat tiap-tiap hari aku gilap biar berkilat.
Biar nampak muka aku kat batang besi basikal tu.
Sikit-sikit fenomena basikal bmx ni makin membuak.
Aku pun tukar la sana sini asal nampak lagi gah sama taraf dengan basikal bmx budak-budak lain.
Tayar standard aku tukar masukkan tayar lebar.
Handle macam basikal perempuan aku tukar handle lagi kecik.
Seat pun aku tukar dengan seat memang brand basikal bmx punya.
Aku keluar dari musim basikal tu sebab basikal aku hilang.
Habis cerita.
Biarkan berlalu dengan masa-masa manis tu.
Masuk alam remaja masuk hobi lain pulak.
Giat turun padang main bola sebab minat.
Turun padang main bola sungguh-sungguh nak dapat tempat dalam team sekolah.
Ada fenomena kecik time tu.
Minat baru iaitu kasut bola.
Ada macam-macam jenis kasut bola.
Kasut ikut gred dan ikut brand.
Paling menonjol kasut yang terkini atau terhangat di pasaran jadi perbualan budak-budak lain.
Aku cerita pasal kasut ni bukan aku beriya-riya sangat kejar kasut yang bagus.
Cuma aku nak selitkan sorotan kebendaan dari dulu sampai sekarang.
Apa yang aku buat dengan duit sendiri.
Aku bukan nak riak tapi nak kongsi.
Ramai kawan-kawan kita kat luar sana macam ni yang suka mengimbau zaman yang aku cerita ni.
Ratus ringgit jugak aku habis untuk kasut bola ni.
Time tu aku cuba nak terjemahkan seperti mana yang aku tonton di kaca televisyen.
Idola bola sepak yang mempamerkan cara dia bermain dan kasut pilihannya.
Time tu dalam hati aku nak jadi seperti dia.
Cerita dulu.
3 ulasan:
simpan tuk kawen je la :)
Haha. Bila ingat cerita dulu2, funny kan. Hee.
Well, zaman belajar ni okey apa kalau nak kumpul duit sikit2, buat tampung nak kawen nanti. Haha. Yer dak?
moqo - memang pun :D
gigiwangi - aah then sembang balik dgn kawan dorang pun buat benda sama jgk.tu yang best kan
Catat Ulasan